.:TemPah Disini~



SEJARAH DAN LATAR BELAKANG
Apa itu Morhabshi dalam ramuan Minyak?


Menurut Wikipedia: Morhabshi (English: Myrrh) merupakan bahan resin berwarna merah keperangan, diambil daripada getah kering pokok Commiphora Myrrha. Tumbuhan ini juga tumbuh di negara Somalia dan bahagian timur Ethiopia. Bahan getah beberapa spesies Commiphora dan Balsamodendron lain turut dikenali sebagai Morhabshi (myrrh), termasuk dari C. erythraea (kadang kala dikenali sebagai Morhabshi India Timur (East Indian myrrh), C. opobalsamum dan Balsamodendronkua.



Kerajaan Perak lancar dinar emas dan dirham perak untuk simpanan dan pelaburan

"SETIAUSAHA Eksekutif The Red Snapper (M) Sdn. Bhd., Nor Suhaida Ramli menunjukkan dinar emas dan dirham perak negeri Perak selepas pelancarannya oleh Menteri Besar, Datuk Seri Mohd. Zambry Abdul Kadir, di Bangunan Kerajaan Negeri, Ipoh, 28 Feb. - Utusan/MOHD NAJIB MOHD NOR"

Kerajaan Perak menempa sejarah apabila melancarkan syiling dinar emas dan dirham perak sebagai instrumen pelaburan dan simpanan pertama di dunia yang menggunakan kandungan emas dan perak tulen.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, berkata usaha memperkenalkan dinar emas dan dirham perak di negeri ini bermula sejak 2005 lagi dengan kerjasama Ketua Jabatan Kewangan, Ekonomi dan Pengurusan Sains IIUM, Prof Ahamed Kameel Mydeen Meera.

“Saya mengadakan beberapa siri perbincangan dengan Prof Ahamed Kameel yang bertanggungjawab dalam hal ini dan seterusnya membawa kepada detik bersejarah pelancaran dinar emas dan dirham perak yang menggunakan kandungan emas 24K dan perak tulen.

“Kualiti dinar dan dirham yang kita lancarkan ini lebih baik daripada yang dihasilkan pada zaman Khalifah Abd Malik Ibn Marwan iaitu 1,357 tahun lalu yang hanya 97 peratus emas.

“Sebaliknya kerajaan Perak memperkenalkan dinar emas dan dirham perak yang pertama di dunia menggunakan kandungan emas 24K dan 99.9 peratus perak.

“Penting juga untuk diketahui umum bahawa dinar dan dirham ini bukan bertujuan menggantikan mata wang atau menjadi transaksi dalam urusan jual beli,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan dinar emas dan dirham perak milik kerajaan Perak di Ipoh hari ini.

Projek itu dijayakan hasil kerjasama strategik GoldNet International Sdn. Bhd. dan Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP).

Pada majlis itu juga, Dr Zambry turut melancarkan buku ‘The Real Money’ yang disunting oleh Prof Ahamed Kameel.

Sementara itu, Dr Zambry berkata, kerajaan negeri juga yakin pengenalan dirham emas dan dirham perak mampu menggalakkan perkembangan sektor baru seperti perkhidmatan selain membuka peluang pekerjaan dalam bidang berkaitan.

Jelasnya, permintaan untuk memiliki dinar emas dan dirham perak ini diterima dari Brunei dan Singapura dan sebagai permulaan, masing-masing 1,000 keping syiling dinar emas dan dirham perak dikeluarkan dengan nilai RM3 juta.

Minat untuk memiliki emas sebagai pelaburan dan simpanan juga katanya, menunjukkan sambutan yang semakin meningkat baik dari kalangan umat Islam mahupun bukan Islam.

Dalam perkembangan berkaitan, Pengerusi Eksekutif GoldNet International Sdn Bhd, Datuk Rais Hussin Mohamed Arif, berkata dalam keadaan krisis ekonomi global yang dihadapi sekarang, dinar emas dan dirham perak adalah alternatif pilihan bagi mempelbagaikan pelaburan dan melindungi wang simpanan daripada inflasi.

Tambahnya, inflasi adalah satu fenomena ekonomi yang kerap berlaku dan emas pula boleh bertahan nilainya dengan baik pada jangka masa panjang.

“Oleh itu, emas merupakan satu benteng yang baik terhadap inflasi selain boleh digunakan sebagai menunjukkan rasa cinta dan kasih sayang, penghargaan, pengiktirafan prestasi serta mengikuti agama kerana ia boleh digunakan untuk membayar zakat,” katanya.

Tambahnya, setiap pembelian dinar emas dan dirham perak ini akan disumbangkan kepada tabung wakaf untuk dimanfaatkan oleh umat Islam yang kurang berkemampuan.

Rais Hussin berkata, pembuatan dinar emas dan dirham perak berkualiti tinggi itu membabitkan sebuah syarikat tempatan berpangkalan di Kuala Kangsar, iaitu Mariwasa Kraftangan Sdn. Bhd.

“Dinar dan dirham Perak ini direka secara unik. Jata negeri Perak ditempa di bahagian muka hadapan wang syiling tersebut sementara reka bentuk klasik dinar Islam yang pertama kali digunakan semasa zaman Khalifah Abdul Malik Marwan pula dicetak di bahagian belakang.

“Dinar Perak merupakan wang syiling seberat 4.25 gram 24K emas sementara dirham pula adalah seberat 3 gram 99.9 syiling perak.,” katanya dan satu dinar emas dijual pada harga RM690 manakala koleksi dirham dijual dengan RM260.

GoldNet juga katanya, melantik pengedar tempatan iaitu Nubex Sdn. Bhd. yang akan membeli dan menjual dinar serta dirham Perak ke seluruh Malaysia termasuk luar negara.

“Nubex juga sedang dalam perbincangan dengan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim) untuk mengedarkan syiling tersebut kepada pelbagai rangkaian cawangan yayasan tersebut,” katanya.



Dinar & Dirham "Perak Darul Ridzwan"


Dinar Emas "Perak"


Dirham Perak "Perak"

Bumiputera perlu bangkit kuasai ekonomi - Utusan Malaysia 28/02/2011

Gagasan Badan Ekonomi Melayu (Gabem) menggesa golongan bumiputera di negara ini bangkit memperjuangkan ekonomi mereka supaya tidak terus ketinggalan.

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik berkata, ketidakseimbangan pencapaian ekonomi antara kaum yang berlaku ketika ini perlu diubah bagi memastikan nasib bumiputera pada masa depan lebih terjamin.

Menurutnya, bagi mencapai tujuan itu, generasi muda terutama mahasiswa perlu berusaha mempersiapkan diri dengan ilmu pengetahuan yang mendalam serta asas kukuh yang berkait rapat dengan ekonomi.

"Ketika ini 67 peratus rakyat Malaysia adalah bumiputera tetapi kita hanya menguasai 19 peratus ekonomi negara. Ia berbeza dengan kaum Cina yang hanya 23 peratus komposisi tetapi menguasai 46 peratus ekonomi Malaysia.

"Di sinilah perjuangan yang perlu kita lakukan dan peranan ini perlu dipikul oleh penuntut-penuntut kita. Mereka perlu menjadi ejen perubahan yang boleh mengubah ekonomi bumiputera ke satu tahap lebih hebat dan mampu bersaing dengan kaum lain dalam bidang ekonomi," katanya.

Rahim berkata, ketidakseimbangan dalam pencapaian ekonomi itu harus diubah segera bagi memastikan bumiputera terus berdaya saing dan maju. "Apa yang berlaku sekarang ini umpama seorang yang badan besar tetapi kekuatannya sangat kecil. Sesuatu perlu dilakukan kerana kita tidak patut menjadi minoriti ekonomi sedangkan kita golongan majoriti.

"Untuk itu minda, cara berfikir, sikap dan paradigma kita perlu diubah. Kita perlu berani meneroka bidang perniagaan terutama sektor swasta," katanya.

Alhamdulillah syukur kehadrat ilahi kerana satu lagi negeri telah melancarkan Dinar dan Dirham .


Pamplet Dinar Perak


إن شاء الله] pada tanggal Isnin [ربيع الأوّل ٢٥، ١٤٣٢ه] bersamaan Feb 28, 2011, sejarah bakal tercipta khasnya buat rakyat Negeri Perak dan Malaysia amnya. Ini kerana,Dinar & Dirham (Negeri Perak) akan dilancarkan.

Ini bermakna, Negeri Perak merupakan negeri kedua selepas Negeri Kelantan (pioneer) mengeluarkan syiling emas (dinar) & perak (dirham).





Foto 2: Rekabentuk Muka Depan (Dinar & Dirham) menggunakan state crest Negeri Perak.

Foto 3: Rekabentuk Muka Belakang menggunakan standard rekabentuk di zaman pemerintahan Khalifah Abdul Malik ibn Marwan (646 A.D - 705 A.D).

1 Dinar & Dirham setiap Seorang Muslem.



Info tentang Dinar

Perkataan " Dinar" bukanlah berasal dari bahasa Arab, tetapi berasal dari bahasa Yunani dan Latin atau mungkin merupakan kata lain dari bahasa Aramaic-Persia "Denarius". Sementara itu, Dirham diambil dari wang perak "Drahms", yang digunakan orang-orang Sassan di Persia. Drahms telah diambil dari nama wang perak "Drachma" yang digunakan oleh orang-orang Yunani. Dinar sebagai mata wang Islam telah mulai digunakan sejak masa Rasulullah SAW hingga runtuhnya khalifah terakhir di masa Dinasti Uthmaniyah.


Di bawah pemerintahan Khalifah Abdul Malik ibn Marwan (646AD-705AD), beliau telah menyeragamkan penggunaan dinar dan dirham.





Dinar Emas Abd al-Malik ibn Marwan

Kepentingan Dinar Emas dalam Ekonomi Islam
  • Oleh kerana Dinar adalah emas, maka nilainya begitu kukuh dan tahan inflasi. Zaman Rasulullah SAW, 1 Dinar bersamaan nilai seekor kambing dan sekarang pun nilai 1Dinar masih bersamaan seekor kambing. Dah lebih 1400 tahun pun masih tak berubah.
  • Justeru nilai Dinar tidak berubah, maka tindakan spekulatif di pasaran wang antarabangsa tidak akan terjadi. Di samping tidak dipengaruhi oleh kadar inflasi, Dinar juga tidak dipengaruhi oleh kadar bunga. Dengan lain perkataan, Dinar adalah wang bebas riba. Kestabilan Dinar juga akan mempromosikan perdagangan dan menstabilkan sistem kewangan antarabangsa. (Shabri, M., 2006)
  • Melihat pentingnya peranan Dinar dan Dirham dalam menstabilkan sekaligus memulihkan ekonomi umat, maka fiat money (wang kertas) dianggap sebagai musuh utama ekonomi Islam. Tanpa menggantikan fiat money dengan Dinar dan Dirham, institusi-institusi kewangan Islam seperti bank Islam, insurans Islam (takaful), bond Islam (sukuk), dan pajak gadai Islam (ar-Rahn) tidak akan dapat dioperasikan 100% murni berteraskan al-Qur'an. Operasi institusi kewangan Islam tanpa kehadiran Dinar dan Dirham sangat sukar dibebaskan dari praktik-praktik riba, gharar, dan maysir. (Shabri, M., 2006)
  • Bagaimanapun, semua pakar ekonomi Islam kontemporari yang mengkaji tentang usaha pendaulatan Dinar dan Dirham sebagai matawang tunggal dunia Islam bersetuju agar ianya didaulatkan secara berperingkat-peringkat. (Meera, A.K.M dan Aziz, H., 2002)
Hadits berkaitan suruhan menyimpan dinar & dirham:
Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW telah bersabda "Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar dan dirham (untuk digunakan). Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal.
Rujukan:
M. Shabri Abd. Majid, (2006) Analisis Terhadap Usaha Mendaulatkan Dinar dan Dirham Sebagai Mata Wang Alternatif Dunia Islam. Jurnal Syariah, 14 (2). pp. 49-71. ISSN 0128 - 6730.

credit to : www.auraaurum.com



IPOH 26 Feb. - Perak akan melancarkan dinar emas serta dirham perak sebagai instrumen pelaburan dan simpanan pada Isnin ini.

Projek hasil kerjasama strategik GoldNet International Sdn. Bhd. dan Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) itu akan disempurnakan Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir.

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan GoldNet, pembuatan dinar dan dirham berkualiti tinggi itu melibatkan sebuah syarikat tempatan berpangkalan di Kuala Kangsar iaitu Mariwasa Kraftangan Sdn. Bhd.

"Dinar dan dirham Perak direka secara unik. Jata negeri Perak ditempa di bahagian muka hadapan wang syiling tersebut sementara reka bentuk klasik dinar Islam yang pertama kali digunakan semasa zaman Khalifah Abdul Malik Marwan pula dicetak di bahagian belakang.

"Dinar Perak merupakan wang syiling seberat 4.25 gram 24K emas sementara dirham pula adalah seberat 3 gram 99.9 syiling perak," kata kenyataan tersebut.

Dalam pada itu, menurut kenyataan itu juga, GoldNet telah melantik pengedar tempatan iaitu Nubex Sdn. Bhd. yang akan membeli dan menjual dinar serta dirham Perak ke seluruh Malaysia termasuk luar negara.

Menurutnya lagi, Nubex juga sedang dalam perbincangan dengan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim) untuk mengedarkan syiling tersebut kepada pelbagai rangkaian cawangan yayasan tersebut.


sekadar gambar hiasan

Soalan: Pandangan Dr MAZA mengenai sesetengah penceramah yang berkempen atau menjual barangan mereka dalam masjid

Jawapan: Dukacita sebahagian penceramah, menjadikan masjid dan surau sebagai platform mengiklankan barang-barang jualan mereka. Atau mengiklan produk-produk mereka yang disokong oleh dalil-dalil yang kebanyakannya tidak benar. Namun masyarakat umum yang telah memberi kepercayaan, ramai yang termakan.

Akhirnya masjid menjadi pusat iklan barangan untuk kepentingan pihak-pihak tertentu. Sedangkan peniaga-peniaga lain tidak ada peluang. Kalau satu syarikat diizinkan, mengapa syarikat yang lain tidak? Jika semuanya diizinkan, jadilah masjid bagaikan ‘pasar lambak’ tempat peniaga mengiklankan barangan mereka. Nabi s.a.w menyebut:

مَنْ سَمِعَ رَجُلًا يَنْشُدُ ضَالَّةً فِي الْمَسْجِدِ فَلْيَقُلْ لَا رَدَّهَا اللَّهُ عَلَيْكَ فَإِنَّ الْمَسَاجِدَ لَمْ تُبْنَ لِهَذَا

“Sesiapa yang mendengar seseorang mengistiharkan barangan hilang dalam masjid, maka hendaklah dia berkata: “Semoga Allah tidak akan mengembalikannya kepadamu, sesungguhnya masjid tidak dibina untuk ini”. (Riwayat Muslim).

Jika mengumumkan barangan hilang dalam masjid kerana itu dilarang kerana memalingkan maksud atau tujuan masjid sebagai pusat tumpuan ibadah, bagaimana mungkin untuk mereka berkempen barang jualan di dalamnya?

إِذَا رَأَيْتُمْ مَنْ يَبِيعُ أَوْ يَبْتَاعُ فِي الْمَسْجِدِ فَقُولُوا لَا أَرْبَحَ اللَّهُ تِجَارَتَكَ

“Jika kamu melihat seseorang menjual atau membeli di masjid, maka katakanlah: ALLAH tidak akan menguntungkan perniagaanmu..” (Riwayat al-Tirmizi, disahihkan oleh al-Albani).

Maka perbuatan tersebuat adalah dilarang berdasarkan nas-nas di atas.

Allah Lebih Mengetahui
Dr. Mohd Asri Zainul Abidin

Krisis Hutang Amerika: Hutang Melepasi Paras $14 Trilion Dollar. Masa utk menukarkan Wang Kertas ke Dinar dan Dirham


Untuk maklumat semua,

Hutang U.S. Sudah Tidak Mampu Dilangsaikan Lagi
Jumlah hutang U.S. tertakluk pada hutang siling yang dibenarkan telah mencapai $14 trilion untuk pertama kali.
Pada Rabu yang lalu, jumlah hutang tertakluk pada jumlah yang dibenar mencecah $14.001 trilion apabila dagangan ditutup, berdasarkan kenyataan harian Perbendaharaan U.S. yang dibuat pada hari Khamis.
Ini bermakna negara tersebut kurang $300 bilion daripada $14.294 trilion hutang yang dibenarkan, ini bermaksud jumlah yang dibenarkan untuk kerajaan Amerikat dibenarkan meminjam.
Kadar hutang siling menjadi titik pusat perdebatan tentang perbelanjaan dan hutang. Walaupun pemimpin kongres berkata bahawa kadar tersebut akan dinaikkan, Pihak republikan berjanji untuk menggunakan isu ini sebagai modal untuk mendesak pengurangan perbelanjaan.
Jabatan Perbendaharaan menjangkakan bahawa pinjaman boleh mencapai jumlah yang dibenarkan sekitar antara 31 Mac sehingga 16 Mei ini, menurut sepucuk surat dari Setiusaha Perbendaharaan Timothy Geithner yang dihantar kepada Kongres awal bulan ini.
Sementara Perbendaharaan U.S. mempunyai cara tertentu untuk menangguh perkara tersebut daripada berlaku, Geithner berkata mereka hanya mampu bertahan selama "beberapa minggu."
Dia menyeru penggubal undang-undang untuk bertindak segera menaikkan paras siling yang dibenarkan, sambil memberi amaran bahawa kegagalan untuk berbuat demikian akan membawa malapetaka kepada ekonomi dan rakyat Amerika.
Walaupun paras siling hutang tidak pernah tercapai -- jadi adalah mustahil untuk menyatakan dengan pasti apa yang akan berlaku -- pakar-pakar dalam bajet dan hutang memberi amaran bahawa tiada kebaikan akan berlaku daripada ini.
Jika pinjaman U.S. mencecah paras siling dan penggubal undang-undang gagal untuk menaikkan paras tersebut, Perbendaharaan akan dilarang daripada meminjam lebih banyak duit. U.S. tidak akan mampu membayar pemegang bon atau membiayai program dan sumbangan dalam jumlah penuh. Ini kerana tidak akan cukup hasil cukai yang dikutip untuk membayar semua perbelanjaan negara.
Pakar-pakar berkata kesan bersangkutan ialah bukan hanya menggoncang ekonomi U.S. tetapi juga ekonomi dan pasaran dunia.
Paling minimum, kelumpuhan akan melanda U.S. bon, dollar dan portfolio pelabur U.S.

Apa yang perlu kita buat?
Ringgit kita juga disandarkan pada dollar U.S. Bayangkan apa yang akan berlaku. Seluruh dunia akan berdepan krisis mata wang. Jadi saya menyeru agar kita mula menyimpan sedikit harta kita dalam bentuk aset yang nyata seperti emas, tanah, ternakan dan sebagainya. Mungkin akan tiba masa duit kertas tidak bernilai walaupun RM1 juta di masa hadapan.

Wallahu' alam

Zakat Emas Dan Perak

Emas dan perak adalah logam galian yang berharga kurniaan Allah SWT. Ia merupakan hasil bumi yang banyak manfaat kepada manusia dan manusia pula menjadikannya nilai tukaran wang bagi segala sesuatu.

Sementara syariat pula mengibaratkan emas dan perak sebagai sesuatu kekayaan alam yang hidup dan berkembang. Syariat juga telah mewajibkan kedua-duanya boleh digunakan dalam bentuk wang atau kepingan, bekas bejana, cenderamata, ukiran atau perhiasan. Zakat diwajibkan ke atas pihak yang memiliki emas dan perak apabila sampai nisab dan telah cukup haul setahun.

Kenapa Di Kenakan Zakat ?
Sebagaimana di ketahui umum ,sejak dari dahulu sampai sekarang emas dan perak merupakan logam yang sangat berharga dan menjadi sumber kekayaan seseorang.Oleh itu,pada pandangan Islam,ia mesti dikenakan zakat sama seperti sumber-sumber kekayaan yang lain

Dalil Wajib Zakat Emas dan Perak:-
Firman Allah SWT maksudnya:

"Dan mereka yang menyimpan emas dan perak serta tidak membelanjakannya pada jalan Allah(mengeluarkan zakat), maka khabarkanlah kepada mereka dengan (balasan) azab yang pedih,pada hari emas dan perak dibakar di dalam neraka jahanam lalu diselar dengannya dahi dan rusuk mereka dan belakang mereka seraya dikatakan kepada mereka inilah harta yang kamu simpan selama ini buat dirimu,maka rasailah balasan apa yang kamu simpan dahulu."

(Surah at-Taubah : 34 & 35)

Hadith Riwayat Mulim maksudnya:

"Tidak ada seseorang yang mempunyai emas dan perak tidak menunaikan zakatnya,melainkan pada hari kiamat dijadikan hartanya itu beberapa keping api neraka.Setelah dipanaskan, digosokkan lambung,dahi,dan belakangnya setiap kali ia sejuk dipanaskan semula, pada satu hari yang lamanya 50 ribu tahun sehingga Allah menyelesaikan segala perkara yang berkaitan dengan hambanya."


Syarat-Syarat Wajib Zakat Emas
:-

1. Islam pemiliknya.
2. Cukup nisab.
3. Cukup haul atau setahun di dalam milik mengikut kiraan tahun hijrah.
4. Milik yang sempurna.

Pembahagian Zakat Emas

Nisab Zakat Emas
Sabda Rasullullah S.A.W. :

"Tidak wajib zakat pada emas yang kurang daripada dua puluh misqal dan tidak wajib zakat pada perak yang kurang daripada dua ratus dirham."



Peringatan

Ijmak Ulama' mengatakan kaum lelaki haram memakai barang kemas sekalipun dalam bentuk yang kecil jika cukup syarat-syarat zakat maka diwajibkan zakatnya.Walaupun perhiasan emas dan perak yang dipakai oleh lelaki diwajibkan zakat.Begitu juga diwajibkan zakat ke atas perkakasan dan peralatan,perkhidmatan,perhiasan yang diperbuat daripada emas dan perak.

ZAKAT EMAS SIMPANAN

Emas yang disimpan wajib dikeluarkan zakat sekiranya cukup nisab dan genap haulnya.
Nisab bagi zakat emas ialah 20 misqal atau 85gm atau 25 mayam.Kadar zakat ialah 2.5% atau 1/40.

Contoh Kiraan:

Sekiranya anda memliki emas yang disimpan sebanyak 85gm.Nilai semasa emas ialah RM120.08 (Ogos 2010) bagi satu gram.

Nilai emas = 85gm x RM 120.08
= RM 10,206.80

Zakat yang wajib di bayar = RM 10,206.80 x 2.5%
= RM 255.17

ZAKAT EMAS PERHIASAN

Emas yang di pakai adalah dikenakan zakat sekirannya ia melebihi had kebiasaan perhiasan (Uruf).Had kebiasaan perhiasan ini adalah senisab iaitu 85gm.Anda masih wajib membayar zakat walaupun anda memakai kesemua emas perhiasan yang melebihi had kebiasan ini.

Kaedah Kiraanya Ialah:-

Sekiranya anda memiliki dan memakai 170gm atau lebih emas perhiasan anda wajib membayar zakat.

Contoh Kiraan :
Memiliki emas perhiasan = 170 gm
Had kebiasan perhiasan (yang dikecualikan zakat) =
85gm
Baki yang dikenakan zakat = 85gm

Harga emas = 85gm x RM 120.08
= RM 10,206.80

Zakat yang wajib di bayar = RM 10,206.80 x 2.5%
= RM 255.17


Zakat Perak


Menurut hukum syarak, logam perak adalah termasuk dalam kategori jenis-jenis harta yang dikenakan zakat. Pada umumnya barang-barang logam perak yang digunakan oleh manusia terdiri dari 4 bentuk utama:

  1. Jongkong perak
  2. Matawang perak
  3. Perkakas atau perhiasan rumah daripada perak
  4. Barang perhiasan/barang kemas perak
Nisab dan kadar zakat perak

Ijma' ulama telah menetapkan nisab perak sebanyak 200 dirham iaitu bersamaan 595 gram.Pengiraan zakat perak berdasarkan nilai barang perak samaada dipakai sebagai barang perhiasan ataupun tidak ( di simpan sebagai perhiasan di rumah).


Dalil zakat perak
Sabda Rasulullah SAW

Maksudnya:

"..Tidak diwajibkan zakat pada perak jika kurang daripada 5 awsuq (bersamaan lebih kurang 930 liter)". (Riwayat Muslim)

Maksudnya:
"Pada perak (zakatnya) 1/40...". (Riwayat Al-Bukhari )
Contoh Kiraan:
Berat barangan perak x harga semasa x 2.5%

Menyimpan 1,000 gram perak (telah melebihi nisab)

Kadar zakat = 2.5%
Harga semasa perak (contoh) = RM 0.62

Zakat yang wajib di bayar= 1,000 gm x 0.62 x 2.5%
= RM 15.50



Ada masyarakat yang membeli dinar semata-mata untuk digadaikan ke Ar-Rahn dan duit pinjaman tersebut digunakan untuk membeli dinar lagi dan pajak lagi. Kitaran roda ini berpusing beberapa kali dengan harapan untuk mendapat hasil laba yang tinggi. Individu sebeginilah yang merosakkan sistem kewangan Islam.

BANYAK usaha memperkenalkan dinar dilakukan dan sesungguhnya sebagai rakyat Malaysia, kita harus bersyukur kerana menjadi satu-satunya negara yang amat tekun dan istiqamah di dalam meneruskan usaha menegakkan pemahaman mengenai dinar baik dari pihak Kerajaan Pusat, kerajaan negeri, pertubuhan yang cintakan dinar mahupun orang perseorangan.

Isu dinar adalah satu isu yang amat besar, malah rumit serta sensitif kerana ia berkait rapat dengan maruah dan hukum-hakam agama dalam urusan muamalat Islam. Seperti kita sedia maklum, dinar atau wang sunnah adalah tuntutan agama bagi umat Islam.

Kebelakangan ini, pelbagai pihak menganjurkan perbincangan, seminar dan persidangan ke arah penggunaan dinar sebagai mata wang sejagat. Wang kertas adalah 'legal tender' yang dijadikan sebagai alat pengukur ke atas nilaian sesuatu produk dan perkhidmatan yang ditawarkan kepada masyarakat melalui pelbagai aktiviti ekonomi.

Dinar dan dirham dikatakan mata wang kalis inflasi dan menjadi instrumen penyimpan nilai terbaik bagi melindungi kejatuhan nilai mata wang yang mendadak kesan daripada pada serangan spekulator mahupun akibat peperangan. Persoalannya sekarang, sudah tibakah masanya dinar bertindak sebagai mata wang bagi menggantikan wang kertas ke arah sistem yang lebih adil dan bebas riba? Sebelum menjawab persoalan tersebut, terdapat beberapa perkara yang perlu difahami terlebih dahulu.


Penghidap disleksia boleh dirawat tetapi tidak boleh diubati. Penghidap ini biasanya akan diberikan rawatan secara terapi untuk meningkatkan kemahiran linguistik, berfikir dan sosial.

DISLEKSIA berasal daripada perkataan Yunani iaitu "DYN" bermaksud susah dan "LEXIA" bermaksud tulisan. Disleksia merupakan satu masalah pembelajaran iaitu kesukaran mengenal huruf, membaca, menulis, mendengar dan bercakap di sebalik pengajaran yang cukup dan peluang budaya yang sempurna. Masalah ini dialami oleh kanak-kanak dan boleh berlanjutan sehinggalah mereka dewasa. Istilah 'buta huruf' juga boleh digunakan untuk kategori ini. Sebenarnya masalah ini bukanlah satu penyakit atau kecatatan dan ia tidak memerlukan ubat untuk mengubatinya, sebaliknya dengan program pendidikan yang sesuai masalah ini dapat dikurangkan.

Masalah disleksia adalah berbeza dengan afasia yang merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh kerosakan saraf otak yang akan melumpuhkan kebolehan seseorang untuk berkomunikasi. Disleksia dipercayai berpunca daripada cara otak itu memproses, di mana cara penghidap disleksia dengan otak orang normal bekerja adalah berbeza. Ini berkemungkinan disebabkan oleh kecatatan otak semasa kandungan ataupun ianya disebabkan oleh kemalangan.

Selain itu, kemungkinan besar penghidap disleksia berpunca daripada faktor keturunan. Menurut kajian perubatan yang dijalankan di Barat mendapati kanak-kanak penghidap disleksia mempunyai latar belakang keluarga yang mempunyai gangguan yang sama. Berkemungkinan besar puncanya boleh diwarisi tetapi yang membezakannya adalah darjah keterukannya. Terdapat kajian yang dijalankan telah membuktikan disleksia disebabkan oleh kromosom 1, 15 dan 16 yang boleh diperturunkan secara turun-temurun. Pada kebiasaannya kanak-kanak lelaki lambat matang berbanding kanak-kanak perempuan. Kelewatan kematangan pada kanak-kanak merupakan salah satu kemungkinan punca disleksia

Satu daripada faktor utama mengapa Sabah dan Sarawak menerima kemasukan saudara baru/saudara kita yang tinggi berbanding negeri lain kerana peranan proaktif yang dimainkan oleh NGO dan Majlis Agama Islam Negeri.

PENERIMAAN masyarakat bukan Islam terhadap Islam semakin baik dan meluas. Mungkin kesan tidak langsung terhadap tekanan dan gambaran buruk Barat terhadap Islam sehingga menyebabkan masyarakat bukan Islam di Barat terutama cendikiawan berminat untuk mengkaji tuduhan terhadap Islam secara mendalam sehingga ramai di kalangan mereka akhirnya memilih Islam. Pendapat ini diakui sendiri oleh Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Insan) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Ustaz Abd Halid Sintol.

"Daripada kebenaran yang mereka peroleh menerusi pemahaman dan penemuan semasa mengkaji Islam, ramai yang menerima dan mengakui bahawa Islam itu adalah agama yang sebenar. Ini dapat dilihat menerusi trend kemasukan Islam yang melibatkan profesional dan bekas paderi. Tanggapan masuk Islam adalah masuk Melayu kian terhakis dan masyarakat mula menerima masuk Islam bukanlah masuk Melayu," ujar beliau.

Berdasarkan statistik, pola menjadi saudara baru atau saudara kita di seluruh negara menunjukkan peningkatan dari tahun ke tahun dan ia berlaku secara konsisten dengan purata pengislaman era 90-an seramai sekitar 5,000 orang setahun berbanding sekitar 8,000 dalam era milenium. Ini termasuklah golongan Orang Asli dan kaum Bumiputera di Sabah dan Sarawak. Daripada jumlah itu, negeri Sabah dan Sarawak mempunyai jumlah tertinggi dan diikuti Selangor bagi negeri di Semenanjung.


Setelah roh tersebut sampai ke paras lutut, Adam cuba bangun untuk berdiri, tetapi tersungkur kerana roh belum sampai ke hujung kaki. Lalu Allah memberitahukan kepada para Malaikat dengan firman-Nya, "Seperti itulah tabiat anak cucu keturunannya sampai akhir zaman, yakni manusia bersifat tergesa-gesa ('ajuula) melainkan ajal."

SETELAH Allah SWT memerintahkan salah satu daripada Malaikat pergike Loh Mahfuz untukmelihat bentuk rupa Adam dengan mengikuti contoh yang dinyatakan, maka terbentuklah tubuh atau lembaga Adam mengikuti contoh yang disertakan oleh tajallinya sifat Allah yang bernama "Musawwir", yakni membentuk rupa dan susunan lembaga tubuh Adam.

Lembaga itu meliputi jantung, hati, paru-paru, hempedu, buah pinggang, usus besar dan kecil, lambung najis, kepala yang mengandungi otak dan sekalian pembuluh dan urat saraf sama ada besar dan kecil di sekalian kulit tubuh, dan di setiap komponen-komponen tubuh tersebut telah diserapkan oleh Allah fungsinya masing-masing dengan saling bekerja sama satu dengan lainnya menjalankan tugas dalam tubuh mengolah untuk membahagi-bahagikan protein makanan dan minuman menjadi darah merah dan darah putih, menjadi minyak dan lemak serta rawan dan lain sebagainya untuk keperluan tubuh.

Maha Besar dan Maha Agung Allah SWT sebaik-baik Pencipta, dan telah diciptakan-Nya manusia (Adam) dengan sempurna kejadian berbanding makhluk yang lain.

Di sini, dapatlah kita mengerti bahawa jasmani manusia pertama Adam diciptakan berasal daripada hampas kotoran, yakni daripada tanah yang berasal daripada bangkai-bangkai binatang dan tumbuh-tumbuhan yang telah mereput menjadi tanah, dan begitu juga semua manusia anak cucu dan cicit Adam a.s diciptakan daripada kotoran/najis, iaitu daripada air mani yang keluar melalui saluran najis (saluran kencing), dan air mani itu pula berasal daripada pati makanan/minuman yang dimakan oleh ibu bapa.

Ketika perjalanan untuk lahir ke dunia pun melalui saluran najis, bergelimang najis, (darah dan air ketuban), dan selama hidupnya juga diliputi najis tersebut, iaitu perut bernajis, mulut/gigi dan hidung bernajis, mata dan telinga bernajis, seluruh tubuh bernajis (daki), dan akhirnya kembali menjadi najis (apabila sampai waktu mati), dan akan diserapi pula oleh tumbu-tumbuhan, dan tumbuh-tumbuhan tersebut menghasilkan buah, daun dan dimakan pula oleh manusia dan binatang lain, dan pati makanan itu kembali pula menjadi air mani (sperma).

Ini menunjukkan pada hakikatnya manusia berasal daripada najis, hidup makan najis, dan pasti kembali kepada najis pula (jasmaninya), dan kerana itulah Allah murka terhadap manusia yang bersifat sombong dan takbur dalam hidupnya, kerana manusia diciptakan-Nya daripada hampas busuk/najis, hanya Allah sajalah yang berhak membesarkan Dirinya, dan begitulah proses perjalanan kejadian manusia dan bumi, akan tetapi kerana manusia itulah bumi dan segala isinya ini diciptakan, bukan kerana makhluk lainnya.

Posted: 05 Feb 2011 20:27 PM PST

BMW sport carsTerimalah hakikat bahawa ranking masyarakat kita membuka akaun, melayari dan apa jua istilah laman sosial dalam alam maya seperti Facebook, Twitter, Myspace, Finder dan sebagainya antara yang tertinggi di dunia.

Namun isunya apakah yang terjadi dengan teknologi Internet seperti Facebook?


Bukalah laman web Internet dan klik Facebook nama si polan bin/binti si polan dengan mudah kita dapat membelek foto manis, foto tampan, foto samaran atau apa jua kemungkinan yang boleh dieksploitasikan untuk tatapan awam bagai papan tanda di Bursa Saham! Tidak kira isteri orang, jejaka perasan, don juan, kasanova, pemimpin politik yang berkarisma dan apa jua jenis manusia yang mana yang membezakan mereka hanyalah nawaitu masing-masing. lronisnya ada isu fitnah, gosip dan tohmahan pula yang dipaparkan!

Justeru berlakulah seperti laporan konflik politik, pergeseran kaum, pergolakan rumah tangga dek keberanian dan keberahian yang tidak dapat dikawal.

Dan di sebalik tabir menerusi laman sosial seperti ini apabila hubungan dilayani kian bertambah intim dalam kes pasangan suami isteri maka kian parahlah hubungan kekeluargaan.

Si wanita meraih simpati, si lelaki pendengar/pelayan/pelayar yang empati maka hanya tembok malu sebagai benteng terakhir sama ada bertahan atau kecundang jua akhirnya.

Yang mendukacitakan lagi, cuba jengok-jengoklah pejabat kerajaan, baik di Putrajaya atau di mana jua, staf yang senior mahupun yang junior khususnya anak-anak muda begitu tekun dan asyik menghadapi papan monitor; seolah-olah menumpukan tugasan rasmi.

Ketua-ketua jabatan dari peringkat KSN, KSU, KP, TKSU, TKP dan seterusnya ke bawah akar umbi rajin-rajinlah cuba jengok dan pantau.

Jangan anggap bahawa anda generasi lama boleh dikelentong dengan silap mata ICT. Bukanlah mustahil asyik melayani dan chatting menyebabkan sepatutnya surat rasmi yang disiapkan dalam masa satu jam bertukar menjadi satu bulan. Bahkan ada yang ditunda tarikh ke belakang hampir sebulan.

Kepada mereka yang leka gila dengan pembaziran masa cuba hitung masa yang anda bazirkan dalam sehari seminggu atau sebulan semata-mata untuk bersembang-sembang kosong. Lihatlah mereka yang maju seperti anak-anak muda keturunan Cina, mereka terus berniaga dan bekerja gigih secara terus menerus menghargai masa ketika lapang pada usia muda.

Tanyalah diri kita sendiri; berapakah buah buku yang kita berjaya habis baca dalam seminggu atau bulan ini? Sudahkah kita membelai suami/isteri/anak-anak kita dengan bisikan kata-kata romantis pada hari ini; pagi, petang atau malam ini?

Sudahkah kita menyiapkan tugasan rasmi di pejabat? Kunci ada di tangan kita maka kitalah yang sendiri mahu membuka atau mengunci minda kita, terserahlah.

Ar Rahnu

Posted By salina

Salam semua. Saya rasa terpanggil untuk menyentuh satu isu. Penulisan saya ini bukannya untuk menuding jari kepada mana-mana dealer secara khusus. Angaplah teguran saya ini sebab sayangkan anda semua. Kita sebagai manusia di bumi Allah SWT ini tidak sempurna. Jadi tegur-menegurlah sekiranya ada kesilapan. Dan apa yang saya nak sentuh ini juga tidak sempurna. Pandangan dan perkiraan saya mungkin salah :(

Berhati-hatilah sebab matlamat tidak menghalalkan cara. Pada saya memang kita perlu pelbagaikan bentuk simpanan kita untuk keperluan masa hadapan. Terkini dalam keadaan ekonomi yang tidak stabil, EMAS adalah satu bentuk simpanan yang sepatutnya diambilkira oleh setiap individu. Satu niat yang murni untuk berkongsi ilmu pengetahuan berkaitan emas dan menggalakkan pengguna diluar sana mula menabung dalam bentuk emas juga. Namun dalam kegalakkan menyedarkan pengguna, penjual juga perlu ada satu sikap tanggungjawab memberikan khidmat nasihat dan juga jangan sampai menindas pengguna sama ada secara sedar atau tidak sedar.

Kenapa saya berkata begitu??? Saya cuma nak sentuh promosi kreatif penjual iaitu memiliki emas dengan hanya bermodalkan 30% dari harga emas dan 70% lagi dibiayai melalui duit gadaian (Ar Rahnu). Kaedah ini tidak sesuai untuk pembeli kerana membeli emas yang pertama melalui duit pajakan emas yang dibeli tersebut. Kepada yang beragama islam, semak dahulu hukum urusniaga jual-beli ini dengan yang pakar. Pembelian emas yang berharga mahal dengan kaedah ini sebenarnya kita secara tak langsung, sedar atau tidak, bagi saya adalah satu penindasan. Pada saya lebih baik membeli emas melalui pinjaman peribadi yang islamik atau pun beli sahaja mengikut wang yang dimiliki.

ArRahnu merupakan satu teknik bagi mendapatkan modal pusingan yang segera, tapi hanya sesuai bagi pemilikan emas yang telah sempurna, iaitu emas yang telah dibayar harganya 100% sama ada melalui pinjaman peribadi atau pun simpanan peribadi. Bagi pemilikan emas yang sempurna, duit gadaian tersebut digunakan sebagai modal pusingan untuk membeli stok emas yang baru bertujuan sebagai simpanan atau pun stok jualan. ArRahnu boleh membawa suka dan menambahkan stok emas anda…namun jangan lupa ianya boleh membawa DUKALARA SEKIRANYA TIDAK DIGUNAKAN SECARA BERHEMAH. Janganlah kita semua jadi seperti pepatah “yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran”.

Klik pada imej pengiraan yang saya buat. Saya hanyalah insan yang tidak sunyi dari melakukan kesilapan. Kesempurnaan itu milik ALLAH SWT.

Bandingkan % upah sebenar dari jumlah sebenar yang dipinjam dengan % upah pada harga marhun emas

Satu komitmen bayaran yang cukup besar perlu disediakan sekiranya ingin memiliki emas yang dibeli diakhir tempoh

Satu pandangan bersifat peribadi.

Berjual-belilah secara adil, jujur dan saksama.

“just my 2 kupang je…” :)


DINAR BORNEO <- Klik sini utk ke Blog asal

Bismillahirrahmanirrahim…
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pengunjung blog DINAR BORNEO. TAHNIAH kerana celik tentang emas dan perak. Terima kasih atas kunjungan anda dan saya menyeru marilah kita sama-sama merancakkan dan seterusnya membina platform penggunaan Dinar dan Dirham khasnya dan sistem kewangan yang memenuhi syariah yang PASTI lebih adil seluruhnya.
Kredit untuk my beloved wife yang dari awal memberi sokongan dan menjentik kesedaran tentang emas/Dinar dan perak/Dirham. Begitu juga otai-otai dan kenalan-kenalan yang sangat membantu memberi maklumat sehingga terhasilnya DINAR BORNEO (DB). Wujudnya DB menambahkan lagi koleksi dinar yang sedia ada di pasaran.
Tidak terhingga kesyukuran kepada MU RABBI, memilih dan ‘ mencelikkan’ saya terhadap Dinar dan Dirham. Mudah-mudahan sentiasa diberi rahmatnya dan diberikan ilmu sebaiknya untuk sama-sama memartabatkan penggunaan Dinar dan Dirham di Malaysia khasnya dan seluruh alam amnya. Amin…

Ayat Al-quran mengenai Emas/Perak (Dinar dan Dirham)
Ali ‘Imran, ayat 14
Dan dijadikan indah pada pandangan manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu; wanita-wanita, anak harta yang banyak dari EMAS, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia; dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (syurga)

Ali ‘Imran(3), ayat 91
Sesungguhnya orang-orang yang kafir dan mati sedang mereka tetap dalam kekafirannya, maka tidaklah akan diterima dari seseorang di antara mereka EMAS sepenuh bumi, walaupun dia menebus diri dengan EMAS (yang sebanyak itu). Bagi mereka itulah siksa yang pedih dan sekali-kali mereka tidak memperoleh penolong.

Al-A’raaf(7), ayat 148
Dan kaum Musa, setelah kepergian Musa ke gunung Thur membuat dari perhiasan-perhiasan (EMAS) mereka anak lembu yang bertubuh dan bersuara. Apakah mereka tidak mengetahui (EMAS) mereka anak lembu yang bertubuh dan bersuara. Apakah mereka tidak mengetahui bahwa anak lembu itu tidak dapat berbicara dengan mereka dan tidak dapat (pula) menunjukkan jalan kepada mereka? Mereka menjadikannya (sebagai sembahan) dan mereka adalah orang-orang yang zalim.

At-Taubah(9), ayat 34
Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya sebagian besar dari orang-orang alim yahudi dan rahib-rahib Nasrani benar-benar memakan harta orang dengan jalan yang batil dan mereka menghalang-halangi (manusia) dari jalan Allah. Dan orang-orang yang menyimpan EMAS dan perak dan tidak menafkahkannya pada jalan Allah, maka beritahukanlah kepada mereka, (bahwa mereka akan mendapat) siksa yang pedih

At-Taubah(9), ayat 35
pada hari dipanaskan EMAS perak itu di dalam neraka Jahannam, lalu dibakarnya dahi mereka, lambung dan punggung mereka (lalu dikatakan) kepada mereka: Inilah harta bendamu yang kamu simpan untuk dirimu sendiri,maka rasakanlah sekarang (akibat dari) apa yang kamu simpan.

Al-Israa’(17), ayat 93
Atau kamu mempunyai sebuah rumah dari EMAS, atau kamu naik ke langit. Dan kami sekali-kali tidak akan mempercayai kenaikanmu itu hingga kamu turunkan atas kami sebuah kitab yang kami baca. Katakanlah: Maha suci Rabbku, bukankah aku ini hanya seorang manusia yang menjadi rasul

Al-Hajj(22), ayat 23
Sesungguhnya Allah mamasukkan orang-orang beriman dan mengerjakan amal yang saleh ke dalam surga-surga yang di bawahnya mengalir sungai-sungai. Di surga itu mereka diberi perhiasan dengan gelang-gelang dari EMAS dan mutiara, dan pakaian mereka adalah sutera. (QS. 22:23)

Faathir(35), ayat 33
(Bagi mereka) surga Adn, mereka masuk ke dalamnya, di dalamnya mereka diberi perhiasan dengan gelang-gelang dari EMAS, dan dengan mutiara, dan pakaian mereka di dalamnya adalah sutera.

Az-Zukhruf(43), ayat 35
Dan (Kami buatkan pula) perhiasan-perhiasan (dari EMAS untuk mereka). Dan semuanya itu tidak lain hanyalah kesenangan kehidupan dunia, dan kehidupan akhirat itu di sisi Rabbmu adalah bagi orang-orang yang bertaqwa. (QS. 43:35)

Az-Zukhruf(43), ayat 53
Mengapa tidak dipakaikan kepadanya gelang dari EMAS atau malaikat datang bersama-sama dia untuk mengiringkannya. (QS. 43:53)

Az-Zukhruf(43), ayat 71
Diedarkan kepada mereka piring-piring dari EMAS, dan piala-piala dan di dalam surga itu terdapat segala apa yang diingini oleh hati dan sedap (dipandang) mata dan kamu kekal di dalamnya. (QS. 43:71)

Al-Waaqi’ah(56), ayat 15
Mereka berada di atas dipan yang bertahtahkan EMAS dan permata.

Pengalaman Saya
Saya mula berjinak-jinak dengan emas ni baru lagi, sekitar pertengahan tahun 2010. Begitupun kesedaran awal bermula sekitar akhir 2009. Emas pertama yang saya beli adalah Syiling Kijang Emas Maybank ¼ oz sebanyak 4 keping. Selepas tu beli juga emas Public Gold dua keping 20g. Sehinggalah saya terus meluaskan lagi pencarian pengeluar-pengeluar emas lainnya dan ilmu berkaitan emas melalui forum-forum dan otai-otai emas.
Selepas dari itu timbul idea untuk mengeluarkan dinar emas jenama sendiri DINAR BORNEO yang niat utamanya untuk menyimpan asset emas dan berkongsi seterusnya merancakkan lagi platform kepada kembali menggunakan Dinar dan Dirham, insyaallah satu hari nanti.

Sumber Emas di Pasaran
Sebenarnya banyak pilihan sumber emas di Malaysia. Di awalnya banyak info dan sumber saya peroleh dari Public Gold, Nubex, Maybank, UOB. Rupa-rupanya ada juga anak-anak tempatan melayu-islam yang berkecimpung dalam pengeluaran emas berskala kecil (kini dah makin besar).
Sebagai ummat islam saya lebih memilih emas dari syarikat melayu-islam walaupun ada yang berpendapat banyak kekurangan berbanding pengeluar yang lebih establish. Tidak mengapa, selagi emas dan perak sama berat, purity dan spec-spec lainnya ianya tetap SAMA. Lagipun niat utama adalah untuk membuat simpanan bukannya beli dan jual balik dalam masa terdekat.
Selain itu insyaallah syarikat-syarikat melayu-islam lebih berkat disebabkan adanya amalan zakat dan pembersihan harta. Mudah-mudahan kita pun dapat share sikit-sikit dari amal jariah mereka.

Untuk sebarang tempahan sila berhubung terus dgn saya di talian :~
Khuzai 0126179128 @ sila ke Dinar Borneo Blogspot

Perbentangan ini akan menjelaskan bagaimana terciptanya wang kerta & penipuan besar dari wang kertas keatas ekonomi negara islam... Pelajari & fahaminya supaya kita tidak akan terus ditipu hingga kiamat kelak.. allah'huakbar....









Related Posts with Thumbnails
Loading...

ISLAMIC DINAR & DIRHAM

Photobucket

BloGger Yg Best²~

bookmark
bookmark
bookmark
bookmark
bookmark

Hutang Amerika Syarikat:

$14 Trilion USD

National Debt Clock
Diskaun 1% ~ 4% diatas Terma & Syarat.
Discount 1% for Bunga Raya

Harga Ar-Rahnu AgroBANK

Jenis EmasHarga/gram
999
RM176.50
950
RM167.70
916
RM161.80
875
RM154.50
835
RM147.10
750
RM132.40
Hanya untuk barang kemas sahaja!! kemaskini : 3/6/2011
*Dealer GCP AD1487 - Khuzai Mansur
Seremban-Nilai,N.Sembilan.
>0126179128

Rangkain Dealer~
*AD1566 - Syaiful Azrien
Kinrara-Puchong-Cyberjaya-Semarak-Sentol
>0126910678
Blog -> ProNiagaEmas

*AD1650 - Che Abdullah
Nilai-Putrajaya-Kajang-Bangi-Serdang
>0134233378
FB - Che Lah

Malaysia Gold & Silver Spot