Posted By salina
Salam semua. Saya rasa terpanggil untuk menyentuh satu isu. Penulisan saya ini bukannya untuk menuding jari kepada mana-mana dealer secara khusus. Angaplah teguran saya ini sebab sayangkan anda semua. Kita sebagai manusia di bumi Allah SWT ini tidak sempurna. Jadi tegur-menegurlah sekiranya ada kesilapan. Dan apa yang saya nak sentuh ini juga tidak sempurna. Pandangan dan perkiraan saya mungkin salah
Berhati-hatilah sebab matlamat tidak menghalalkan cara. Pada saya memang kita perlu pelbagaikan bentuk simpanan kita untuk keperluan masa hadapan. Terkini dalam keadaan ekonomi yang tidak stabil, EMAS adalah satu bentuk simpanan yang sepatutnya diambilkira oleh setiap individu. Satu niat yang murni untuk berkongsi ilmu pengetahuan berkaitan emas dan menggalakkan pengguna diluar sana mula menabung dalam bentuk emas juga. Namun dalam kegalakkan menyedarkan pengguna, penjual juga perlu ada satu sikap tanggungjawab memberikan khidmat nasihat dan juga jangan sampai menindas pengguna sama ada secara sedar atau tidak sedar.
Kenapa saya berkata begitu??? Saya cuma nak sentuh promosi kreatif penjual iaitu memiliki emas dengan hanya bermodalkan 30% dari harga emas dan 70% lagi dibiayai melalui duit gadaian (Ar Rahnu). Kaedah ini tidak sesuai untuk pembeli kerana membeli emas yang pertama melalui duit pajakan emas yang dibeli tersebut. Kepada yang beragama islam, semak dahulu hukum urusniaga jual-beli ini dengan yang pakar. Pembelian emas yang berharga mahal dengan kaedah ini sebenarnya kita secara tak langsung, sedar atau tidak, bagi saya adalah satu penindasan. Pada saya lebih baik membeli emas melalui pinjaman peribadi yang islamik atau pun beli sahaja mengikut wang yang dimiliki.
ArRahnu merupakan satu teknik bagi mendapatkan modal pusingan yang segera, tapi hanya sesuai bagi pemilikan emas yang telah sempurna, iaitu emas yang telah dibayar harganya 100% sama ada melalui pinjaman peribadi atau pun simpanan peribadi. Bagi pemilikan emas yang sempurna, duit gadaian tersebut digunakan sebagai modal pusingan untuk membeli stok emas yang baru bertujuan sebagai simpanan atau pun stok jualan. ArRahnu boleh membawa suka dan menambahkan stok emas anda…namun jangan lupa ianya boleh membawa DUKALARA SEKIRANYA TIDAK DIGUNAKAN SECARA BERHEMAH. Janganlah kita semua jadi seperti pepatah “yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran”.
Klik pada imej pengiraan yang saya buat. Saya hanyalah insan yang tidak sunyi dari melakukan kesilapan. Kesempurnaan itu milik ALLAH SWT.
Berjual-belilah secara adil, jujur dan saksama.
“just my 2 kupang je…”
0 comments