Dr(H) Ustaz Hj Abdul Hamid Ahmad@Lebai Mat (Allahyarham)
dilahirkan pada 26Oktober1921
Ulama’/pendakwah
Pengamal Perubatan Tradisional Melayu/Islam
Pengamal Perubatan Alternatif Homeopathy
Pensyarah Maahad Islamiyah Derang Kedah
pengasas seni silat selendang merah
Pewaris/Pengeluar
Aminudin Hj Abdul Hamid
Ahli Jemaah Tabligh Malaysia
Penasihat
Ustaz Mohd Razi Hj Abdul Hamid
Penceramah bebas
Motivator
Ahli Jemaah Tabligh Malaysia
(Ustaz Radzi adalah bekas vokalis kumpulan Rock Melissa yang terkenal dengan lagu Cinta Untuk Nabila dan juga anak bongsu. Kini beliau adalah pendakwah bebas dan sering dijemput menyampaikan ceramah agama dan ceramah motivasi. Album terbaru beliau berbentuk nasyid kontemporary: Radzi - Penyesalan, 2009)
Pengarah Operasi/Admin
En Noor Azman Aminudin
Penceramah Bebas
Motivator
Pengurus Pengedaran Berpusat (Promosi Online & Offline)
En Khuzaimie Mansur
(KWSN Utara/N9/Melaka/KL/Lembah Kelang/Selangor/Sabah & Sarawak)
0126179128 / 066723166
Siapa Pengasas Minyak Herba Saoda?
Beliau adalah Ustaz Haji Abdul Hamid Haji Ahmad, pensyarah di Maahad Islamiyah Derang Kedah. Selain ulama dan pendakwah, beliau amat cenderung dalam praktik perubatan alternatif meliputi kaedah perubatan Islam (doa & ayat Al-Quran), perubatan Melayu tradisional, perubatan berasaskan herba, dan kaedah perubatan homeopathy. Malah salah satu tugas beliau di maahad tersebut ialah bagi menyediakan perkhidmatan kesihatan di situ.
Almarhum telah menghasilkan dua buah kitab perubatan alternatif dan salah satu daripadanya ialah kitab "Al-Tabib Walhikmah". Sebuah lagi kitab (bertulisan Jawi) tidak ada dalam simpanan kami, justeru kami tidak akan mengulasnya.
Kitab "Al-Tabib Walhikmah" mengandungi petua-petua, ramuan-ramuan perubatan, doa-doa, serta ayat-ayat Al-Quran sebagai kaedah alternatif menyelesaikan masalah kehidupan. Kami tidak ada sebarang masalah untuk berkongsi kitab tersebut dengan anda.
Siapa kami?
Kami adalah pewaris generasi pertama dan kedua kepada Almarhum dan ditauliahkan untuk meneruskan pengeluaran Minyak Herba Saoda. Malah kami telah memulakan pengeluaran dan pengedaran sejak 20 tahun yang lalu di bawah pengawasan almarhum yang merupakan nenda kami. Beliau telah kembali ke rahmatullah pada tahun 2004.
::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
SEJARAH DAN LATAR BELAKANG
::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
Apa itu Herba Saoda?
Menurut Wikipedia: Morhabshi (English: Myrrh) merupakan bahan resin berwarna merah keperangan, diambil daripada getah kering pokokCommiphora Myrrha. Tumbuhan ini juga tumbuh di negara Somalia dan bahagian timur Ethiopia. Bahan getah beberapa spesies Commiphora danBalsamodendron lain turut dikenali sebagai Morhabshi (myrrh), termasuk dari C. erythraea (kadang kala dikenali sebagai Morhabshi India Timur (East Indian myrrh), C. opobalsamum dan Balsamodendronkua.
Sejarah Penggunaan resin Morhabshi:
Ensiklopedia tersebut juga mencatatkan resin Morhabshi telah terkenal sejak zaman Mesir kuno. Myrrh merupakan asas kepada minyak wangi dan incense, dan amat dihargai pada zaman kuno klasik. Nilainya dikatakan melebihi dari emas yang sama berat dengannya. Pada zaman Rom Kuno, myrrh dinilai lima kali ganda berbanding frankincense, walaupun frankincence lebih popular ketika itu. Myrrh dibakar pada pengkuburan Rom Kuno bagi menutup bau yang dihasilkan dari mayat hangus. Diceritakan bahawa Maharaja Nero, iaitu Maharaja Rom telah membakar setahun nilai myrrh pada pengkuburan isterinya yang bernama Poppaea.
::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
Kajian Antarabangsa Terhadap Morhabshi
Oleh kerana bahan ini begitu unik dan menakjubkan, banyak penyelidikan telah dibuat ke atasnya. Antaranya, penyelidik telah memeriksa bahan individual bagi formula yang digunakan secara tradisional di Kuwait bagi mengurangkan glukos dalam darah bagi pesakit kencing manis. Hasilnya mendapati myrrh & susu getah aloe berkesan meningkatkan ketahanan glukos dalam tikus normal & tikus kencing manis.
Tindakan mencampur getah myrrh bersama cuka pula mampu meningkatkan keupayaannya menyingkirkan sekatan darah beku dan menghilangkan rasa sakit.
::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
Kegunaan Morhabshi dalam kebudayaan Melayu
Meskipun ramai yang merasakan baru pertama kali mendengar nama Morhabshi, namun ia sebenarnya bukanlah asing dalam kebudayaan Melayu. Orang Melayu menggelarnya 'kemenyan bunian' kerana keampuhannya menghindari gangguan makhluk halus. Bahagian yang paling penting ialah getahnya yang digunakan untuk menghalau atau menghindari makhluk ghaib tersebut. Di Malaysia khasiat Morhabshi dipercayai lebih awal diamalkan dalam masyarakat lain seperti Arab, Cina dan India.
::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
Morhabshi dalam Perubatan Tradisional
Dipercayai resin Morhabshi memasuki Tanah Melayu dan dalam kehidupan orang Melayu melalui pergaulan dan persemendaan dengan masyarakat Arab yang ketika itu menguasai istana dan golongan bangsawan.
Berdasarkan pengamatan dan ilmu yang dimiliki nenek moyang kita, Morhabshi dicampurkan bersama minyak-minyak tertentu seperti minyak kelapa, zaiton, lenga (bijan), serai serta herba-herba seperti keduduk putih, bayam batu, lemuni, raja kayu, hempedu bumi, cekur dan sebagainya dapat menyembuhkan pelbagai penyakit kulit seperti kayap, barah, kudis, gatal-gatal serta sakit gigi, cirit-birit dan sebagainya. Campuran ini juga didapati berkesan menghentikan pendarahan luar (luka dan sebagainya).
Bagi yang kurang yakin dengan kehebatan nenek moyang kita, sila semak kembali perjalanan sejarah negara, terutama Empayar Melaka yang pernah menjadi pusat perdagangan, pusat penyebaran Islam, dan pusat perkembangan ilmu pengetahuan terhebat di zamannya.
Justeru adalah mustahil bangsa yang begitu hebat ketika itu tidak mempunyai teknologi perubatan mereka sendiri.
Di situlah bermulanya rahsia Minyak Morhabshi.
::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
Minyak Morhabshi kami diadun dengan lebih daripada 30 jenis herba tradisional tempatan.
TIADA SEBARANG DADAH, RACUN, ATAU BAHAN KIMIA.
::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
Rujukan
Al-Awadi FM, Gumaa KA. Studies on the activity of individual plants of an antidiabetic plant mixture. Acta Diabetol Lat. 1987 Jan-Mar;24(1):37-41.
Yeung, HC, Handbook of Chinese Herbs and Formulas, vol. 1, Institute of Chinese Medicine, Los Angeles, 1983.
http://oneearthherbs.squarespace.com/important-herbs/myrrh-gum-commiphora-myrrha.html Alan Tillotson "Myrrh"
Layari juga: www.morhabbshi.com , http://morhabshi.blogspot.com http://en.wikipedia.org (BI) , http://ms.wikipedia.org (BM) , Kitab Attibbi Walhikmah tulisan Ustaz Hj Abdul Hamid, pengasas ramuan morhabshi & layari blog pemasaran berpusat http://tempahdisini.blogspot.com , http://herbasaoda.blogspot.com/
Khasiat Minyak Herba Saoda
Minyak Herba Saoda dikategorikan sebagai unik dan serbaguna. Kegunaannya meliputi fizikal dan mistik, serta penyakit luaran dan dalaman. Malah, terdapat beberapa kes yang dimaklumkan pada kami bahawa Minyak Morhabshi telah membantu meningkatkan hubungan suami isteri (digunakan oleh pihak suami secara urutan pada alat kelamin).
Antara keunikan Minyak Herba Saoda ialah ia menyelesaikan kes kerasukan dan gangguan makhluk halus seperti histeria, bayi menangis tidak semena-mena, sawan, sihir, buatan orang, santau, dan sebagainya.
Dalam hal ini saya dan beberapa sahabat yang terdiri daripada golongan profesional pernah menguji Minyak Herba Saoda menggunakan perantaraan seorang pelajar yang mempunyai kelebihan melihat makhluk ghaib. Menurut pelajar IPTA tersebut, 'makhluk' itu serta merta melarikan diri apabila seorang sahabat saya yang menjadi 'sampel ujikaji' disapukan Minyak Morhabshi pada tubuhnya. Wallahu'alam.
Kami juga dapati Minyak Herba Saoda berkesan untuk asma, batuk, sakit dada, dan sebagainya.
MinyakHerba Saoda juga didapati mujarab untuk hampir semua penyakit kulit termasuk kayap, kurap, gatal-gatal dan serangan bakteria. Malah Almarhum mendakwa ia juga mujarab untuk barah. Hal ini kemudiannya diakui oleh seorang Sahabat Morhabshi iaitu Ustaz Samsudin dari Kemaman Terengganu. Beliau juga seorang pengamal perubatan tradisional yang baru-baru ini menggunakan Minyak Herba Saoda bagi merawat seorang pesakit Barah Hati kronik.
Sekian,Wassalam...
Shahrikhuzaimie Bin Mansur
khuzai-Mie 0126179128 / 049175514 / 066723166
@ Order Sekarang
0 comments