Berikut adalah Kawasan Perkuburan Islam di Singapura. Ada lagi… Hakikat yang tak dapat ditolak, pusara ni semua memang sangat cantik. Malah teramat-amat cantik. Tentu ada antara kita yang yang terniat nak ada kubur macam ni bila dah meninggal nanti. Tapi mengapa kubur-kubur sebegini dikatakan haram? Baca artikel di bawah. Larangan dari Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wasallam: Dari Jabir radhiyallahu ‘anhu, dia berkata, “Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam telah melarang kuburan dikapur (di simen), dijadikan tempat duduk, dan juga didirikan bangunan diatasnya.” (Hadith Riwayat Imam Muslim) Dan membawa bunga-bungaan / jambak-jambak bunga dan seumpamanya bersama jenazah adalah diharamkan yang telah menular dikalangan orang-orang Islam kerana mengikuti adat-adat orang kafir dan Melayu kuno dalam upacara-upacara jenazah mereka. Juga kerana perbuatan tersebut boleh mensia-siakan harta tanpa faedah dan memberi makna bermegah-megah dan berbangga.. Manakala hukumnya adalah haram jika kubur dibina menggunakan marmar (marble) dan seumpamanya, kerana amat berlawanan dengan ajaran Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam, juga kerana terdapat pembaziran harta yang ditegah syarak serta terdapat sifat bermegah dan menunjuk yang amat dimurkai Allah subhanahuwata’ala. Ali bin Abi Talib radhiyallahu ‘anhu berkata kepada Abi Hayyaj Al-Asadi. wALLAHua’lam.. Sebarkanlah walau dengan satu ayat..
Keputusan Badminton BWF World Tour Finals 2024 Serta Jadual
-
FOTO: Page FB BAM
*Berikut Adalah Jadual Dan Keputusan Badminton Jelajah Dunia Akhir BWF 2024
HSBC Yang Melibatkan Pemain Malaysia 11-15 Disember 2024 Di H...
Seminggu yang lalu
yeap! skrg mcm dah jd trend... kat kg2 di pedalaman pun...
tula..dorg xphm kot. kubuq bkn utk dihiasi.... subhanallah...