Testimonial SweetBonda
01 Jul 2010 by wieAku tidak dibayar, diminta, diarah atau dipujuk rayu untuk membuat entri ini.
Ini adalah entri yang ditulis atas dasar SANGAT BERPUAS HATI.
Terima kasih kepada maklin dan kedai Sweetbondanya kerana menjadi pengedar produk2 ini.
Okeh jom review satu-satu barang yang aku beli.
Yang pertama aku beli dari maklin ialah Safety Plus Storage Bottle. Harga masa tu, 1 set (2 pcs) = RM8.90. Tapi bila beli 4 set, harga dia jatuh RM7.90/set.
Komen aku, botol ni okeh. Seswai untuk storage dan juga sesuai untuk feeding (kalau ada bottle teat, sebab set ni tak ada bottle teat).
Safety Plus Glass Bottle pulak, aku dapat gift dari maklin. Sempena kewujudan cik safi. Harga dia kalu ikut dekat kedai SweetBonda itu ialah RM22.90/each.
Komen aku, ok jugak. Botol ni made from glass. Kebaikannya, ia bebas dari segala kebimbangan mengenai bahaya produk yang diperbuat daripada plastik. Bukan itu saje, ianya bebas dari bau masam susu dan mudah untuk dibersihkan.
Produk kedua yang aku beli dari maklin ialah Safety Plus Stylo Mama Thermal Stylish Cooler Bag. Harga masa aku beli ialah RM65.90/each.
Komen aku… beg ini best gilak. Ianya mampu mengisi sehingga 8 storage bottle sekaligus + ice pack + breast pump. Designnya smart dan ringan. Antara produk kesukaan aku. 5 star!
Yang ini paling lastest aku beli. Safety Plus Duragel Ice Pack. Ikutkan dalam blog sweetbonda yang segan nak berupdate tu, masih ice pack yang lama. Tapi yang aku beli ni, keluaran baru punya. Harga RM12/each. Kalau beli 4, harga jatuh RM10/each. Murah kan?
Komen aku… best gilak lagi! Sebab ice pack ni maintain sejuk dari saat aku kuar umah ke opis, sampai balik. Malah ianya berjaya membuatkan ice pack lama aku turut sejuk dan beku sama. Aku guna 4 pcs ice pack ni + 2 pcs ice pack lama (spectra), dan berjaya menjadikan susu kekal sejuk dalam cooler beg lebih dari 10 jam. Boleh rasa lagik ketul-ketul ice pack lama tu yang menunjukkan tahap sejuk yang dibawa oleh icepack ini memang superb. Suke suke suke!
Seterusnya aku membeli buku Panduan Penyusuan Susu Ibu Bagi Ibu Bekerjaya. Harga RM10.
Komen aku, banyak panduan berguna di dalamnya. Bagi ibu-ibu bekerja dan bakal-bakal ibu yang bekerja, patut mendapatkan buku ini sebagai panduan dan sebagai sumber maklumat utama bagi membudayakan penyusuan ibu. Malah bagi ibu-ibu dan bakal-bakal ibu yang tidak bekerja juga wajar membaca buku ini kerana maklumat di dalamnya adalah tidak terhad kepada tips bagi ibu bekerja semata-mata tetapi ianya bersifat menyeluruh kepada penyusuan eksklusif.
Produk seterusnya ialah Cocoa Collagen Power Plus. Ekceli aku tak beli produk ni dari kedai Sweetbonda. Tapi sebab aku turut menggunakannya, jadi tak salah bagi testimonial sekali kan? Harganya RM59.90 (3 kotak x 30 sachet = untuk 1 bulan).
Komen aku, setakat ini memang best. Rasanya sedap. Buat masa ni, aku rasa ia telah membantu menyeimbangkan hormon aku. Kenapa aku cakap camtu? Sebab lepas bersalin hari tu, aku ada bleeding berterusan macam period. Mebi memang period. Sedangkan orang lain kalau lepas bersalin esp yang breastfeed sgt lambat dapat period kan. Aku ni memang ada masalah irregular period. So aku tak pelik sangat. Tapi sejak mengamalkan cocoa collagen power plus ni, alhamdulillah, takde period sampai sekarang. Tapi jangan pulak kata aku dapat two blue lines lagik yek. Tidak!
Selain itu, rasanya macam agak mudah nak turun berat badan kot. Haa… yang ni mesti korang suka kan. Later aku akan kabo tentang penurunan berat badan ni. Yippa!
Oh ya… more info about this produk boleh baca sini.
Okeh… tentunya yang paling meletup di kedai Sweetbonda ialah…
Iya… medela harmony idaman ibu-ibu manis yang berjaya aku perolehi melalui contest SweetBonda.com 1st Giveaway. Ibu-ibu manis yang lain jangan cemburu ya.
Harga di kedai SweetBonda ialah RM199. Murah bukan?
Komen? Aih, mungkin aje tak diperlukan sangat. Produk ini sangat femes dan menjadi kegilaan bagi ibu-ibu yang membudayakan penyusuan ibu. Bagi bakal-bakal ibu atau ibu-ibu yang belum memiliki breast pump dan bercadang untuk memiliki satu, aku cadangkan medela harmony sebab ianya ringan dan sangat mudah disumbat ke dalam cooler bag dan boleh diusung ke mana-mana. Kualitinya juga tip-top. Aku baru saje mencuba breast pump ni beberapa kali dan sangat berpuas hati. Ianya berjaya membantu aku mengepam dengan jumlah yang sama sebagaimana aku menggunakan pump jenis letrik.
Malah ibu-ibu baru juga digalakkan praktis pump jenis manual seperti ini supaya terbiasa dalam aktiviti mengepam secara manual sebelum beralih kepada breast pump jenis lain.
Err… kalau ibu-ibu yang terus guna pump letrik macam aku akan rasa janggal sket mula2. Tapi still okeh sebab pengeluaran susunya sama seperti pump letrik. Malah ianya tidak menyakitkan sebab kuasa sedutan adalah dikawal oleh kita sendiri.
Aku ada jugak google tentang Medela vs Avent. Surprisingly aku dapati breast pump medela menjadi pilihan oleh kebanyakan ibu-ibu. Tapi survey yang aku baca tu, 100% datang dari luar Malaysia ya.
Akhir sekali nak ucapkan syabas dan terima kasih tidak terhingga kepada Sweetbonda kerana telah banyak membantu aku dalam aktiviti penyusuan ibu.
Marilah sama-sama membudayakan penyusuan ibu.
Okeh… kalu ibu-ibu mencari produk2 di atas, boleh la dapatkannya di lama web sweetbonda.com.
Caiyok ibu2 semua.
0 comments