Posted by
kHuzai
Ahad, Februari 6
Setelah roh tersebut sampai ke paras lutut, Adam cuba bangun untuk berdiri, tetapi tersungkur kerana roh belum sampai ke hujung kaki. Lalu Allah memberitahukan kepada para Malaikat dengan firman-Nya, "Seperti itulah tabiat anak cucu keturunannya sampai akhir zaman, yakni manusia bersifat tergesa-gesa ('ajuula) melainkan ajal."
SETELAH Allah SWT memerintahkan salah satu daripada Malaikat pergike Loh Mahfuz untukmelihat bentuk rupa Adam dengan mengikuti contoh yang dinyatakan, maka terbentuklah tubuh atau lembaga Adam mengikuti contoh yang disertakan oleh tajallinya sifat Allah yang bernama "Musawwir", yakni membentuk rupa dan susunan lembaga tubuh Adam.
Lembaga itu meliputi jantung, hati, paru-paru, hempedu, buah pinggang, usus besar dan kecil, lambung najis, kepala yang mengandungi otak dan sekalian pembuluh dan urat saraf sama ada besar dan kecil di sekalian kulit tubuh, dan di setiap komponen-komponen tubuh tersebut telah diserapkan oleh Allah fungsinya masing-masing dengan saling bekerja sama satu dengan lainnya menjalankan tugas dalam tubuh mengolah untuk membahagi-bahagikan protein makanan dan minuman menjadi darah merah dan darah putih, menjadi minyak dan lemak serta rawan dan lain sebagainya untuk keperluan tubuh.
Maha Besar dan Maha Agung Allah SWT sebaik-baik Pencipta, dan telah diciptakan-Nya manusia (Adam) dengan sempurna kejadian berbanding makhluk yang lain.
Di sini, dapatlah kita mengerti bahawa jasmani manusia pertama Adam diciptakan berasal daripada hampas kotoran, yakni daripada tanah yang berasal daripada bangkai-bangkai binatang dan tumbuh-tumbuhan yang telah mereput menjadi tanah, dan begitu juga semua manusia anak cucu dan cicit Adam a.s diciptakan daripada kotoran/najis, iaitu daripada air mani yang keluar melalui saluran najis (saluran kencing), dan air mani itu pula berasal daripada pati makanan/minuman yang dimakan oleh ibu bapa.
Ketika perjalanan untuk lahir ke dunia pun melalui saluran najis, bergelimang najis, (darah dan air ketuban), dan selama hidupnya juga diliputi najis tersebut, iaitu perut bernajis, mulut/gigi dan hidung bernajis, mata dan telinga bernajis, seluruh tubuh bernajis (daki), dan akhirnya kembali menjadi najis (apabila sampai waktu mati), dan akan diserapi pula oleh tumbu-tumbuhan, dan tumbuh-tumbuhan tersebut menghasilkan buah, daun dan dimakan pula oleh manusia dan binatang lain, dan pati makanan itu kembali pula menjadi air mani (sperma).
Ini menunjukkan pada hakikatnya manusia berasal daripada najis, hidup makan najis, dan pasti kembali kepada najis pula (jasmaninya), dan kerana itulah Allah murka terhadap manusia yang bersifat sombong dan takbur dalam hidupnya, kerana manusia diciptakan-Nya daripada hampas busuk/najis, hanya Allah sajalah yang berhak membesarkan Dirinya, dan begitulah proses perjalanan kejadian manusia dan bumi, akan tetapi kerana manusia itulah bumi dan segala isinya ini diciptakan, bukan kerana makhluk lainnya.
0 comments