Disiarkan pada Feb 15, 2009 dalam kategori Muamalat |
Soalan: Pandangan Dr MAZA mengenai sesetengah penceramah yang berkempen atau menjual barangan mereka dalam masjid
Jawapan: Dukacita sebahagian penceramah, menjadikan masjid dan surau sebagai platform mengiklankan barang-barang jualan mereka. Atau mengiklan produk-produk mereka yang disokong oleh dalil-dalil yang kebanyakannya tidak benar. Namun masyarakat umum yang telah memberi kepercayaan, ramai yang termakan.
Akhirnya masjid menjadi pusat iklan barangan untuk kepentingan pihak-pihak tertentu. Sedangkan peniaga-peniaga lain tidak ada peluang. Kalau satu syarikat diizinkan, mengapa syarikat yang lain tidak? Jika semuanya diizinkan, jadilah masjid bagaikan āpasar lambakā tempat peniaga mengiklankan barangan mereka. Nabi s.a.w menyebut:
Ł ŁŁŁ Ų³ŁŁ ŁŲ¹Ł Ų±ŁŲ¬ŁŁŁŲ§ ŁŁŁŁŲ“ŁŲÆŁ Ų¶ŁŲ§ŁŁŁŲ©Ł ŁŁŁ Ų§ŁŁŁ ŁŲ³ŁŲ¬ŁŲÆŁ ŁŁŁŁŁŁŁŁŁŁ ŁŁŲ§ Ų±ŁŲÆŁŁŁŁŲ§ Ų§ŁŁŁŁŁŁ Ų¹ŁŁŁŁŁŁŁ ŁŁŲ„ŁŁŁŁ Ų§ŁŁŁ ŁŲ³ŁŲ§Ų¬ŁŲÆŁ ŁŁŁ Ł ŲŖŁŲØŁŁŁ ŁŁŁŁŲ°ŁŲ§
āSesiapa yang mendengar seseorang mengistiharkan barangan hilang dalam masjid, maka hendaklah dia berkata: āSemoga Allah tidak akan mengembalikannya kepadamu, sesungguhnya masjid tidak dibina untuk iniā. (Riwayat Muslim).
Jika mengumumkan barangan hilang dalam masjid kerana itu dilarang kerana memalingkan maksud atau tujuan masjid sebagai pusat tumpuan ibadah, bagaimana mungkin untuk mereka berkempen barang jualan di dalamnya?
Ų„ŁŲ°ŁŲ§ Ų±ŁŲ£ŁŁŁŲŖŁŁ Ł Ł ŁŁŁ ŁŁŲØŁŁŲ¹Ł Ų£ŁŁŁ ŁŁŲØŁŲŖŁŲ§Ų¹Ł ŁŁŁ Ų§ŁŁŁ ŁŲ³ŁŲ¬ŁŲÆŁ ŁŁŁŁŁŁŁŁŲ§ ŁŁŲ§ Ų£ŁŲ±ŁŲØŁŲŁ Ų§ŁŁŁŁŁŁ ŲŖŁŲ¬ŁŲ§Ų±ŁŲŖŁŁŁ
āJika kamu melihat seseorang menjual atau membeli di masjid, maka katakanlah: ALLAH tidak akan menguntungkan perniagaanmu..ā (Riwayat al-Tirmizi, disahihkan oleh al-Albani).
Maka perbuatan tersebuat adalah dilarang berdasarkan nas-nas di atas.
Allah Lebih Mengetahui
Dr. Mohd Asri Zainul Abidin
0 comments