Pamplet Dinar Perak
إن شاء الله] pada tanggal Isnin [ربيع الأوّل ٢٥، ١٤٣٢ه] bersamaan Feb 28, 2011, sejarah bakal tercipta khasnya buat rakyat Negeri Perak dan Malaysia amnya. Ini kerana,Dinar & Dirham (Negeri Perak) akan dilancarkan.
Ini bermakna, Negeri Perak merupakan negeri kedua selepas Negeri Kelantan (pioneer) mengeluarkan syiling emas (dinar) & perak (dirham).
Foto 2: Rekabentuk Muka Depan (Dinar & Dirham) menggunakan state crest Negeri Perak.
Foto 3: Rekabentuk Muka Belakang menggunakan standard rekabentuk di zaman pemerintahan Khalifah Abdul Malik ibn Marwan (646 A.D - 705 A.D).
1 Dinar & Dirham setiap Seorang Muslem.
Info tentang Dinar
Perkataan " Dinar" bukanlah berasal dari bahasa Arab, tetapi berasal dari bahasa Yunani dan Latin atau mungkin merupakan kata lain dari bahasa Aramaic-Persia "Denarius". Sementara itu, Dirham diambil dari wang perak "Drahms", yang digunakan orang-orang Sassan di Persia. Drahms telah diambil dari nama wang perak "Drachma" yang digunakan oleh orang-orang Yunani. Dinar sebagai mata wang Islam telah mulai digunakan sejak masa Rasulullah SAW hingga runtuhnya khalifah terakhir di masa Dinasti Uthmaniyah.
Di bawah pemerintahan Khalifah Abdul Malik ibn Marwan (646AD-705AD), beliau telah menyeragamkan penggunaan dinar dan dirham.
- Oleh kerana Dinar adalah emas, maka nilainya begitu kukuh dan tahan inflasi. Zaman Rasulullah SAW, 1 Dinar bersamaan nilai seekor kambing dan sekarang pun nilai 1Dinar masih bersamaan seekor kambing. Dah lebih 1400 tahun pun masih tak berubah.
- Justeru nilai Dinar tidak berubah, maka tindakan spekulatif di pasaran wang antarabangsa tidak akan terjadi. Di samping tidak dipengaruhi oleh kadar inflasi, Dinar juga tidak dipengaruhi oleh kadar bunga. Dengan lain perkataan, Dinar adalah wang bebas riba. Kestabilan Dinar juga akan mempromosikan perdagangan dan menstabilkan sistem kewangan antarabangsa. (Shabri, M., 2006)
- Melihat pentingnya peranan Dinar dan Dirham dalam menstabilkan sekaligus memulihkan ekonomi umat, maka fiat money (wang kertas) dianggap sebagai musuh utama ekonomi Islam. Tanpa menggantikan fiat money dengan Dinar dan Dirham, institusi-institusi kewangan Islam seperti bank Islam, insurans Islam (takaful), bond Islam (sukuk), dan pajak gadai Islam (ar-Rahn) tidak akan dapat dioperasikan 100% murni berteraskan al-Qur'an. Operasi institusi kewangan Islam tanpa kehadiran Dinar dan Dirham sangat sukar dibebaskan dari praktik-praktik riba, gharar, dan maysir. (Shabri, M., 2006)
- Bagaimanapun, semua pakar ekonomi Islam kontemporari yang mengkaji tentang usaha pendaulatan Dinar dan Dirham sebagai matawang tunggal dunia Islam bersetuju agar ianya didaulatkan secara berperingkat-peringkat. (Meera, A.K.M dan Aziz, H., 2002)
Hadits berkaitan suruhan menyimpan dinar & dirham:
Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW telah bersabda "Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar dan dirham (untuk digunakan). Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal.
Rujukan:
M. Shabri Abd. Majid, (2006) Analisis Terhadap Usaha Mendaulatkan Dinar dan Dirham Sebagai Mata Wang Alternatif Dunia Islam. Jurnal Syariah, 14 (2). pp. 49-71. ISSN 0128 - 6730.
credit to : www.auraaurum.com
0 comments