.:TemPah Disini~



SEJARAH DAN LATAR BELAKANG
Apa itu Morhabshi dalam ramuan Minyak?


Menurut Wikipedia: Morhabshi (English: Myrrh) merupakan bahan resin berwarna merah keperangan, diambil daripada getah kering pokok Commiphora Myrrha. Tumbuhan ini juga tumbuh di negara Somalia dan bahagian timur Ethiopia. Bahan getah beberapa spesies Commiphora dan Balsamodendron lain turut dikenali sebagai Morhabshi (myrrh), termasuk dari C. erythraea (kadang kala dikenali sebagai Morhabshi India Timur (East Indian myrrh), C. opobalsamum dan Balsamodendronkua.



Riba , Duit Kertas dan Hukum Jual Beli Emas Perak

Posted by kHuzai Khamis, Januari 13


Memahami Riba

Riba merupakan satu isu yang besar. Isu yang melibatkan antara syurga dan neraka.

Antara redha Allah dan laknat Allah.

Antara keberkatan atau kemurkaan Allah.

Riba bukan semata-mata isu pemberi hutang meminta 110 dari hutang 100, bahkan ianya sampai kepada tahap menipu orang yang tidak mengetahui harga pasaran juga adalah disebut sebagai pemakan riba yang nyata.

http://umaralfateh.wordpress.com/2010/10/11/memahami-kepelbagaian-jenis-riba-siri-memahami-dinar-dirham-siri-3/

Jika kita sudah fahami bahawa riba itu adalah penindasan, penipuan, kezaliman , penangguhan , penambahan , maka dari sini kita akan melihat bagaimana riba boleh terhasil , dari jual beli asalnya, bertukar kepada riba.

Apa yang perlu diletakkan dalam minda kita, riba bukan jual beli, jual beli bukan riba.

Riba adalah pengisyhtiharaan perang dengan Allah.

Dari Mana Asalnya Riba?

Yahya meriwayatkan kepadaku dari malik bahawa Abuz Zinad mendengar Said ibn Almusayyab berkata , '' Di sana riba hanya terjadi pada emas atau perak atau apa yang ditimbang atau disukat dari makanan atau minuman. '' (kitab Muwatta, Imam malik)

Emas , perak, dan bahan makanan atau minuman disebut sebagai bahan ribawi, yang mana pada bahan-bahan ini mempunya beberapa etika/adab dalam berjual beli dengannya.

Dari bahan-bahan ini, riba terhasil. Bagaimana?... kita teruskan perbincangan kita.

Asal Hukum Jual Beli Emas dan Perak

Dari AlBarra bin Azib dan Zaid bin arqam , keduanya berkata , '' Kami adalah dua orang pedagang pada masa rasulullah sollahu alaihi wassallam. Pada suatu ketika kami bertanya kepada Rasulullah sollallhu alaihi wasallam perihal sorf (tukar barang /jual beli/pengurup wang).

Sabda baginda '' Jika dilakukan tangan dengan tangan (tunai / cash/ serah terima waktu yang sama) , tidak mengapa (boleh), dan jika dilakukan dengan tidak tunai, tidak baik.''

(Hadis bukhari Jilid 2 , hadis 1013 )

Dari Abu Said alKhudri radiallahu anhu katanya, '' Dinar dengan dinar dan dirham dengan dirham. Dikatakan orang kepadanya bahwa Ibnu Abbas tidak ada mengatakan seperti itu.

Kata Abu Said '' Telah kutanyakan kepadanya. Tanyaku '' Apakah engkau dengar dari nabi sollallhu alaihi wasallam ataukah engkau dapati dalam kitab Allah?''

Jawab Ibnu Abbas , '' yang demikian itu bukanlah kataku. Sedangkan kamu lebih tahu daripadaku tentang Rasulullah sollallahu alaihi wasallam bersabda '' Tidak ada riba melainkan pada yang nasiah (bertangguh bayaran/melewatkan).

(hadis Bukhari , jilid 2 , hadis no 1071)

Dari Barra bin Azib dan Zaid bin Arqam radiallahu anhuma, keduanya ditanya orang tentang pertukaran. Masing-masing mengatakan '' Orang ini lebih baik (pengetahuannya) daripadaku. ''

Keduanya berkata '' Rasulullah sollallahu alaihi wasallam melarang menjual emas dengan perak secara berhutang. ''

(hadis bukhari, jilid 2 , no 1072)

Yahya meriwayatkan kepadaku dari Malik dari Nafi dari Abu Said alkhudri bahawa utusan Allah, selawat dan salam ke atas baginda, bersabda : Jangan jual emas dnegan emas melainkan suka sama suka dan jangan lebihkan satu bahagian atas bahagian yang lain. Jangan jual perak dengan perak melainkan suka sama suka dan jangan lebihkan satu bahagian atas bahagian yang lain. Jangan jual sesuatu yang tiada di situ dengan sesuatu yang ada.

(Bukhari 2068)

Yahya meriwayatkan kepadaku dari Malik dari Nafi dari Abdullah ibn Umar bahawa Umar Ibn alkhattab berkata '' jangan jual emas untuk emas melainkan suka sama suka dan jangan melebihkan satu bahagian atas bahagian yang lain. Jangan jual perak untuk perak melainkan suka sama suka dan jangan lebihkan satu bahagian atas bahagian yang lain. Jangan jual perak untuk emas, satu darinya di tangan dan yang lainnya diberi kemudian (tangguh/dilambatkan). Jika seseorang meminta kamu menunggu bayaran sehingga dia kembali ke rumahnya , jangan tinggalkannya. Aku takut rama ke atas kamu. Rama adalah riba. (rama adalah istilah dimana seseorang mengambil barang dahulu, dan bayarannya diberikan kemudian) (muwatta Imam malik)

Yahya meriwayatkan kepadaku dari Malik bahawa dia mendengar bahawa alQasim ibn Muhammad berkata , '' Umar ibn Alkhattab berkata , '' Satu dinar untuk satu dinar dan satu dirham untuk satu dirham dan satu sa' untuk satu sa'. Sesuatu yang akan diambil kemudian tidak boleh dijual dengan sesuatu di tangan. (muwatta Imam malik)

Imam muslim meriwayatkan bahawa Malik ibn Aws ibn Alhadathan berkata , '' aku berpusing sekitar pasar sambil berkata, '' siapakah yang mempunyai dirham untuk ditukar?'' Talhah ibn Ubaydullah , yang mana bersama dnegannya Umar ibn Alkhattab berkata '' Tunjukkan kami kamu punya emas, kemudian kamu datang kemudian apabila pembantu kami ada di sini dan kami akan beirkan kamu perak kamu. '' Umar ibn Alkhattab berkata , '' Tidak, demi Allah kamu akan berikannya peraknya sekarang atau kamu kembalikan emasnya kepadanya, kerana Utusan Allah bersabda '' Perak untuk perak adalah riba melainkan ianya ditukar tangan dengan tangan, Emas untuk emas adalah riba melainkan ianya ditukar tangan dengan tangan, Gandum untuk gandum adalah riba melainkan ianya ditukar tangan dengan tangan, barli untuk barli adalah riba melainkan ianya ditukar tangan dengan tangan, kurma untuk kurma adalah riba melainkan mereka ditukar tangan dengan tangan . '' (Muslim , hadis no. 1586)

Malik berkata , '' apabila seseorang lelaki menukarkan dirham dengan dinar dan menjumpai dirham yang buruk daripadanya dan mahu mengembalikannya, pertukaran dengan dinar tersebut terbatal dan dia kembalikan perak dan mengambil semula dinarnya. Penerangan terhadap apa yang dilarang dalam pertukaran ini adalah bahawa Utusan Allah , selawat dan salam ke atas baginda, bersabda , '' Emas untuk perak adalah riba melainkan tangan dengan tangan, '' dan Umar ibn Alkhattab berkata , ''Jika seseorang meminta kamu tunggu untuk bayaran sehingga dia kembali semula ke rumahnya, jangan tinggalkannya. ' Apabila di kembalikan dirham kepadanya dari pertukaran selepas dia tinggalkannya, ianya seperti suatu hutang atau suatu penangguhan. Untuk sebab ini, ianya dilarang dan pertukaran itu runtuh (terbatal). Umar mahukan agar semua emas , perak dan makanan tidak boleh dijual untuk sesuatu yang akan dibayar/diberikan kemudian. (muwatta Imam malik)

Beliau tidak mahukan sebarang penangguhan atau kelewatan dalam transaksi jual beli tersebut, sama ada ianya melibatkan satu jenis bahan komoditi atau pelbagai jenis bahan komoditi. ( Umar diakui sebagai salah seorang sahabat yang banyak riwayat riba datang daripadanya. Riba ada kaitan dengan jual beli, dan Umar sebeleum beliau menjadi seorang khalifah umat islam, beliau sendiri terlibat dengan perniagaan. Ini menyebabkan beliau yang ahli dalam perkara ini, banyak menyebutkan tentang etika dalam jual beli dalam menjauhkan diri dari riba)

Dari hadis-hadis yang dibincangkan, ada beberapa perkara yang perlu diingatkan ketika berurusan dengan emas dan perak.

1 – Perlu cash/ tangan dengan tangan/ tunai.

2 – Jika emas tukar dengan emas – perlu sama berat dan tunai.

3 – Jika perak tukar dengan perak – perlu sama berat dan tunai.

4 - Jika tukar emas dengan perak - tunai / tiada penangguhan.

5 – Tidak boleh ditangguhkan/dilewatkan pembayaran.

6 – Jual beli emas dan perak tidak boleh secara berhutang.

Hukum Duit Kertas

Shariah atau agama kita adalah tanda kasih sayang Allah. Semua yang ada di dalam syariat adalah datang kepada kita sebagai tanda kita menegnali keagungan Allah dan sebagai cara untuk memperoleh hikmah kebijaksanaan bagi manusia.

Shariah tidak memerlukan pembaharuan, yang perlu dibaiki adalah cara hidup kita.

Ianya mengikut apa yang halal dan haram, yang mana keduanya tidak terbuka kepada sebarang rundingan. Yang halal jelas, yang haram jelas.

Di sana tiadanya istilah ''ia hanya sedikit haram'' atau '' ianya hampir keseluruhan halal'' yang mana ini semua banyak digunakan oleh manusia yang korup yang banyak diguna pakai oleh para ahli perbankan Islam dan mereka menggunakannya sebagai dalih bagi mengharuskan tindakan mereka.

Di sini kami kemukakan dua pendapat umum mengenai duit kertas, yang satu menghalalkan terus duit kertas, manakala satu lagi mengharamkan. Kita lihat kedua-dua pandangan dahulu.

Pandangan pertama yang mengHARAMKAN.

Di sana tiadanya transaksi yang halal yang melibatkan duit kertas kecuali jika kalian menggunakan duit kertas itu dari nilai kertas itu sendiri. Di sana ada beberapa sebab mengapa duit kertas tidak boleh diterima :

1] Seseorang tidak boleh menerima amanah dari orang kafir ( duit kertas disandar dengan emas yang berada di negara kafir – rujuk perjanjian bretton woods 1944-1971)

2] Duit kertas adalah kuasa monopoly (hanya bank negara sahaja boleh cetak duit atas angin)

3] Duit kertas adalah terbatal dan merupakan kertas janji palsu. (janji boleh tukar dengan emas, kemudian tidak boleh)

4] Duit kertas itu sendiri mendokong kewujudan sistem perbankan kerana secara keseluruhannya ianya adalah berpunca dari mereka

5] Duit kertas itu sendiri dicipta dari hutang yang membawa bersamanya bunga/interest/riba.

6] Duit kertas adalah pemaksaan nilai ke atasnya , dan jual beli tidak boleh dilakukan dalam keadaan terpaksa

7 ] setiap hari nilai yang ada pada duit kertas itu dihilangkan. (inflasi)

Sistem barter adalah halal, yang mana kamu bertukar barang dengan sesuatu barang dagangan yang bagus.

Apabila duit kertas dilibatkan dalam transaksi – ianya menjadi jual beli yang buruk. Ini kerana, dari 7 sebab yang diberikan berkaitan duit kertas, kamu menukarkan sesuatu yang buruk dengan sesuatu yang baik. Sedangkan Allah menyuruh kita agar tidak melakukan sesuatu jual beli dengan cara batil.

(rujuk surah annisa : ayat 29)

Dalam ayat yang sama, Allah menyeru agar manusia tidak membunuh diri sendiri.

Dua dosa ini, adalah dosa besar.

Pendapat kedua yang menghalalkan duit kertas.

Pendapat ini adalah pendapat sebilangan besar orang yang ada ilmu pada hari ini.

Ini termasuklah Doktor Yusof Qaradawi dan Zaharuddin Abdul Rahman (UZAR).

Ini dari fatwa Muasirah, karangan dr Yusuf Qaradawi di dalam kitabnya :

''Wang kertas ini telah menjadi wang yang digunakan seluruh dunia. Bagaimanakah ingin membatalkan hukum riba padanya sedangkan semua manusia bermuamalat dengannya, tidak lagi dengan emas dan perak? Sesiapa yang memillikinya dianggap kaya walaupun tidak mempunyai simpanan emas dan perak. Dengan wang ini, lelaki menjadikan mahar, diguna dalam jual beli, sewa dan membayar diat. Semua muamalat melalui duit kertas sudah mencapai tahap emas dan perak. ''

Ini bermaksud – hukum yang jatuh kepada emas dan perak, juga diguna pakai dalam duit kertas.

Ini termasuklah :

1 – perlu tunai.

2 – tidak boleh bertangguh

3 – tidak boleh berhutang apabila berlaku urusan pertukaran duit.

Pandangan KAMI : duit kertas yang ada hari ini, adalah darurat bagi kita. Saya tidak kata ianya halal, malah pendapat kami cenderung pada pendapat pertama.

Maksud darurat bagi kami adalah, apabila di tempat anda ada kedai yang menjual barangan yang sama tetapi satu menerima dinar dirham dan satu lagi hanya menerima duit kertas dalam jual belinya, maka menjadi kewajipan bagi kita untuk membeli di kedai yang menerima dinar dirham.

Jika tiada kedai yang menerima dinar dirham di tempat anda, maka usaha kita diperlukan untuk mengeluarkan diri dari suasana darurat ini, iaitu dengan mengembangkan pengetahuan terhadap dinar dirham di kawasan masing-masing yang dengan hasil usaha ini, peniaga menerima dinar dirham sebagai muamalat jual beli mereka.

Darurat tidak membuatkan kita terus selesa dalam keadaan tersebut, bahkan kita perlu berusaha keluar dari situasi darurat ini. Ini maksud darurat bagi kami.

(duit kertas – debu riba)

Perbincangan Hukum Jual Beli Emas Perak dengan duit kertas.

Apa yang dibincangkan pada ruangan ini, adalah merujuk kepada pandangan yang mengatakan duit kertas adalah halal. (kerana itu bagi kami, duit kertas ini sebenarnya telah menyusahkan kehidupan kita dalam halal haram)

Bagi yang tidak mengiktiraf duit kertas adalah senilai emas perak maka:

1. Tidak perlu dikeluarkan zakat.

2. Tidak ada unsur riba nasi'ah (beli emas, perak dan makanan boleh tangguh)

3. Tidak sah dijadikan modal syarikat ataupun jual beli salam ( tangguh )

Apabila dikatakan duit kertas halal, maka di sana, ada beberapa perkara perlu kita ketahui dalam urusan jual beli emas perak dan duit kertas yang sudah jatuh padanya hukum emas perak.

Dibawah ini beberapa contoh trend membeli emas perak pada hari ini.

1 – Bayar dahulu, dapat barang kemudian.

Di sini, ada dua situasi yang berlaku.

i- Pembeli Z ingin membeli emas dari penjual A. Penjual A meminta pembeli Z agar kunci harga dengan membayar dahulu. Kemudian, barang akan diposkan.

Apa yang terjadi adalah, penjual A ketika mendapat duit yang sudah di bank in kan kepadanya, emas yang diminta sebenarnya tiada di tangan penjual A. Penjual A mengambil duit yang dibank in tersebut, dan membeli emas dari penjual B, kerana stok barang biasa di rujuk pada penjual B.

Di sini kita melihat, penjual A sebenarnya menjual apa yang tiada padanya. Ini bukan jual beli, ini menipu dalam jual beli. Sepatutnya A perlu jujur beritahu, bahawa emas tiada di tangannya, dan dia menjadi wakil bagi pembeli Z untuk mendapatkan barang dari penjual B.

Kesalahan kedua yang terjadi pada penjual A adalah, dia melewatkan pemberian emas kepada pembeli Z. Syarat jual beli emas perak adalah tangan dengan tangan. Tunai.

Apa yang terjadi, penjual A dapat dahulu duit, emasnya diberikan kemudian. (maksud pos adalah pemberian barang ditangguhkan)

Imam muslim meriwayatkan bahawa Malik ibn Aws ibn Alhadathan berkata , '' aku berpusing sekitar pasar sambil berkata, '' siapakah yang mempunyai dirham untuk ditukar?'' Talhah ibn Ubaydullah , yang mana bersama dnegannya Umar ibn Alkhattab berkata '' Tunjukkan kami kamu punya emas, kemudian kamu datang kemudian apabila pembantu kami ada di sini dan kami akan beirkan kamu perak kamu. '' Umar ibn Alkhattab berkata , '' Tidak, demi Allah kamu akan berikannya peraknya sekarang atau kamu kembalikan emasnya kepadanya, kerana Utusan Allah bersabda '' Perak untuk perak adalah riba melainkan ianya ditukar tangan dengan tangan, Emas untuk emas adalah riba melainkan ianya ditukar tangan dengan tangan, Gandum untuk gandum adalah riba melainkan ianya ditukar tangan dengan tangan, barli untuk barli adalah riba melainkan ianya ditukar tangan dengan tangan, kurma untuk kurma adalah riba melainkan mereka ditukar tangan dengan tangan . '' (Muslim , hadis no. 1586)

Dari hadis ini, Umar melarang Talhah ddari meninggalkan Malik ibn Aws atau beliau perlu memulangkan kembali dinar Malik ibn Aws.

Talhah adalah salah seorang sahabat nabi yang telah dijamin masuk syurga, tetapi Umar masih melarang Talhah dari melewatkan bayaran dirham kepada Malik Ibn Aws.

Di sini, tiada timbul isu tidak percaya. Walau kedua-duanya suka sama suka agar dilewatkan pembayaran sekalipun, emas dan perak syaratnya tidak boleh dilambatkan, dilengahkan pemberiannya.

......Jawab Ibnu Abbas , '' yang demikian itu bukanlah kataku. Sedangkan kamu lebih tahu daripadaku tentang Rasulullah sollallahu alaihi wasallam bersabda '' Tidak ada riba melainkan pada yang nasiah (bertangguh bayaran/melewatkan).

(hadis Bukhari , jilid 2 , hadis no 1071)

Pendapat kami : penjual A sudah makan riba yang nyata dengan menangguhkan bayaran. (melalui pos, barang tiada di tangan)

Realiti hari ini, banyak manusia menggunakan pembayaran awal dahulu adalah untuk menipu manusia. Barang yang dikatakan dijual itu, rendah kualitinya dibanding dengan apa yang dipamerkan pada waktu permulaan (dalam internet). Di sini, ruang kezaliman terbuka.

Walaupun ada juga yang barangannya (emas perak) sama kualitinya, tetapi ianya bukan milik diri, tetapi orang lain punya. Juga di sana wujud ruang penipuan menjual barangan bukan milik sendiri.

.....Sesuatu yang akan diambil kemudian tidak boleh dijual dengan sesuatu di tangan. (muwatta Imam malik)

ii- Bayar dahulu , barang dapat kemudian.

Keadaan kedua ini adalah, barang memang berada di tangan penjual A dan pembeli Z diminta membayar dahulu, dan barangnya akan dipos kemudian.

Bagi kami : ini juga termasuk dalam penangguhan dalam bayaran (emas/perak diberikan kemudian melalui pos)

Nasihat kami : Jual beli emas dan perak perlu tunai, tangan dengan tangan tanpa berlaku sebarang penangguhan masa.

2 – Pembelian emas perak secara Ansuran.

Contoh pertama : A dan B bersetuju untuk menukarkan 1 dinar dengan 20 dirham.

B waktu itu hanya mempunyai 5 dirham.

Maka A mengatakan, kamu berikan dahulu 5 dirham, dan setiap awal bulan, kamu berikan 5 dirham sehingga cukup 20 dirham, 1 dinar akan diberikan kepada B.

Berlaku penangguhan di sini. A pemakan riba yang nyata. Dia patut kembalikan dirham-dirham B semula.

Apa yang boleh dibuat adalah : B sediakan 20 dirham di tangan, dan tukar tangan dengan tangan (cash/tunai) dengan A 1 dinar.

Tiada penangguhan di situ, maka urusan jual beli itu sah dan mudahan ada keberkatan.

Contoh kedua : C mempunyai RM 150 dan berniat membeli 5 gram emas dari D.

D mengatakan harga 5 gram emas bersamaan RM 750 dan mereka bersetuju untuk berjual beli secara tangguh sehinggalah C cukup memberikan RM 750 barulah 5 gram emas diberikan kepada C.

Ini RIBA bukan jual beli. Sepatutnya setiap RM 150 yang diberikan itu, D wajib berikan 1 gram emas kepada C. Jika tidak, D wajib kembalikan semula duit RM 150 tersebut.

----------------------------------------------------------------------------------------------

Jika anda mengatakan bahawa duit kertas itu bukan halal, maka kami menasihatkan agar berusahalah agar jual beli emas perak ini, dilakukan secara tunai, kerana duit kertas itu sendiri adalah debu riba.

Kita berada di dalam situasi yang dikatakan darurat, dalam situasi darurat apa yang perlu dibuat, adalah mengambil sekadar yang perlu sahaja, bukan secara berlebihan.

Maka apabila pertukaran emas perak dengan duit kertas dilakukan dengan secara tunai, maka yang terjadi adalah kita meminimakan nilai riba yang ada, mudah-mudahan Allah mengampunkan kita.

Kaedah fiqh mengajar kita, agar antara dua keburukan , perlu dipilih satu yang paling kurang memudaratkan.

Akhir Kata

Dari nu'man bin Basyir radiallahu anhu katanya Nabi Sollahu alaihi wasallam bersabda , '' Yang halal sudah nyata yang haram sudah nyata dan antara keduanya beberapa perkara yang diragukan. Barangsiapa ymeninggalkan apa yang diragukan tentang dosanya, biasanya orang itu meninggalakan pula apa yang sudah nyata berdosa. Dan siapa yang berani melakukan apa yang masih diragukan tentang dosanya, dikhawatirkan ia jatuh pada perkara yang nyata dosanya.

Segala macam maksiat adlaah larangan Allah. Barangsiapa bermain-main sekitar larangan Allah, dikhawatirkan ia akan jatuh ke dalamnya.''

(Hadis bukhari jilid 2 , hadis 1006)

0 comments

Related Posts with Thumbnails

ISLAMIC DINAR & DIRHAM

Photobucket

BloGger Yg Best²~

bookmark
bookmark
bookmark
bookmark
bookmark

Hutang Amerika Syarikat:

$14 Trilion USD

National Debt Clock
Diskaun 1% ~ 4% diatas Terma & Syarat.
Discount 1% for Bunga Raya

Harga Ar-Rahnu AgroBANK

Jenis EmasHarga/gram
999
RM176.50
950
RM167.70
916
RM161.80
875
RM154.50
835
RM147.10
750
RM132.40
Hanya untuk barang kemas sahaja!! kemaskini : 3/6/2011
*Dealer GCP AD1487 - Khuzai Mansur
Seremban-Nilai,N.Sembilan.
>0126179128

Rangkain Dealer~
*AD1566 - Syaiful Azrien
Kinrara-Puchong-Cyberjaya-Semarak-Sentol
>0126910678
Blog -> ProNiagaEmas

*AD1650 - Che Abdullah
Nilai-Putrajaya-Kajang-Bangi-Serdang
>0134233378
FB - Che Lah

Malaysia Gold & Silver Spot