LANGKAH PERMULAAN
Hello dan selamat datang ke Nuffnang! :) Menjadi seorang ahli Nuffnanger bukan sekadar demi menjana pendapatan sambil blogging; anda kini merupakan sebahagian dari sebuah komuniti blog yang terbesar di Malaysia! Terdapat banyak peraduan dan aktiviti eksklusif menanti anda sebagai ahli Nuffnanger tetapi ini akan dijelaskan kemudian. Sebagai permulaan, mari kita lihat bagaimana untuk memasang unit iklan Nuffnang ke dalam blog anda dengan mengikuti 3 langkah mudah di bawah:
- Lengkapkan Biodata Blogger
Sila ambil beberapa minit untuk melengkapkan tinjauan Biodata Blogger bagi memperkenalkan diri anda. Ini dapat membantu kami meneliti blog serta pembaca anda untuk dicadangkan ke dalam kempen artikel tajaan yang sesuai. - Daftar blog anda ke dalam Pengurus Blog
Setelah selesai menjawab tinjauan Biodata Blogger, daftarkan blog anda ke dalam sistem kami melalui ikon "Pengurus Blog" (Blog Manager) di dalam menu dashboard anda.
- Pasang iklan Nuffnang ke dalam blog anda
Sila rujuk ikon "Pemasangan Iklan" (Add Ads) di dalam menu dashboard bagi mendapatkan kod-kod iklan untuk blog anda.
SOALAN LAZIM
Bila saya boleh mula mendapat bayaran daripada iklan dalam blog saya?
Para Blogger akan mula menjana pendapatan apabila iklan disiarkan daripada pihak Advertiser kami. Secara umumnya terdapat dua jenis iklan berbayar: CPC (Cost Per Click) dan mCPM (Metered Cost Per Impression).
Iklan CPC disiarkan dalam setiap blog rangkaian Nuffnang yang telah memilih opsyen "Papar iklan Global CPC", yang boleh dipilih di dalam halaman Pengurus Blog di bawah kolum "Pilihan Iklan" (Ads Preference). Iklan CPC hanya disiarkan ke dalam blog yang tidak terlibat dalam iklan mCPM pada masa yang sama. Bayaran akan diberi berdasarkan jumlah klik unik terkumpul daripada setiap iklan CPC yang disiarkan.
Kempen mCPM membenarkan pihak Advertiser memilih senarai blog yang akan memaparkan iklan mereka. Pemilihan berdasarkan beberapa faktor seperti demografik pembaca, lokasi ruang iklan, status keahlian dan jenis unit iklan yang tersedia. Klik tidak diperlukan untuk menjana pendapatan, tetapi anda boleh mendapat bonus sekiranya markah CTR (click through ratio) anda tinggi.
Sekiranya anda ingin menjana pendapatan iklan CPC sementara menunggu blog anda dipilih ke dalam kempen iklan mCPM, pastikan anda memilih opsyen "Papar iklan Global CPC" (Show Global CPC Ads) di dalam halaman Pengurus Blog.
Setelah pendapatan anda mencapai minimum RM50, anda boleh memilih untuk mengeluarkannya ke dalam bentuk cek bayaran.
Untuk maklumat lanjut mengenai iklan CPC dan mCPM, sila rujuk halaman Soalan Lazim di sini atau ajukan pertanyaan anda ke khidmat Helpdesk kami di sini.
Apa perlu saya lakukan untuk dipilih ke dalam kempen iklan?
Terdapat beberapa faktor yang diambil kira semasa kami memilih blog yang sesuai:
- Demografik pembaca blog
Pastikan semua tinjauan blog anda dikemaskini dari masa ke semasa, ini dapat membantu pihak advertiser untuk mengenali blog anda dengan lebih baik. - Lokasi ruang iklan di dalam blog
Pihak advertiser telah membelanjakan wang yang banyak untuk rekaan dan pembelian ruang iklan. Oleh itu, mereka hanya memilih blog yang mempunyai lokasi ruang iklan yang optimum.
- Unit iklan Skyscraper perlu berada pada lokasi paling atas di dalam bahagian sidebar dan tidak pada bahagian lain.
- Unit Leaderboard perlu menjadi elemen pertama dan berada di lokasi paling atas dalam halaman blog anda, dan
- Unit Large Rectangle perlu diletakkan pada akhir artikel blog pertama atau teratas di dalam blog anda.
- Jenis unit iklan yang tersedia di dalam blog
Pihak advertiser membahagikan bajet mereka secara sama rata kepada tiga unit iklan kami (Leaderboard, Skyscraper dan Large Rectangle). Sekiranya blog anda mempunyai kesemua jenis unit, anda dapat meningkatkan peluang untuk menjana pendapatan daripada beberapa kempen berbeza jenis unit iklan secara serentak. - Status eksklusif keahlian
Pihak advertiser akan lebih cenderung untuk memilih blog yang dimiliki ahli Glitterati Nuffnang kerana ia merupakan salah satu kelebihan program loyalti yang diberikan kepada ahli blogger kami yang paling setia. Ahli yang berstatus biasa tetap akan dipilih ke dalam kempen iklan, tetapi di dalam bilangan yang lebih rendah. - Tempoh keahlian
Sistem kami memerlukan tempoh 30 hari untuk meneliti konsistensi trafik blog anda sebelum ianya dapat dipilih untuk kempen iklan yang sesuai. Anda perlu bersabar dan yakin bahawa blog anda pasti akan dipilih dalam kempen iklan selagi ruang iklan di dalam blog anda adalah optimum.
Saya telah menghantar permohonan bayaran. Bila cek saya akan tiba?
Seperti yang dijelaskan di dalam polisi pembayaran kami, Nuffnang memproses permohonan daripada ahli Glitterati dalam tempoh 30 hari bermula pada akhir bulan permohonan tersebut dihantar (60 hari bagi ahli bukan Glitterati). Selepas itu, cek bayaran akan dikumpul dan dihantar kepada bank untuk proses pengesahan yang mengambil masa tambahan dua minggu. Sekiranya anda seorang ahli Glitterati dan telah memohon pembayaran pada mana-mana hari di bulan Ogos, cek anda akan diproses pada akhir bulan September dan dianggar akan sampai kepada anda pada minggu kedua bulan Oktober.
Sekiranya anda tidak menerima cek bayaran anda dalam tempoh yang telah dijelaskan, sila hubungi khidmat Helpdesk kami untuk melaporkannya.
PERKARA YANG DIGALAK DAN PERLU DIELAK
Akhir sekali, berikut adalah beberapa lagi panduan yang dapat membantu anda serta membuat aktiviti blogging lebih menarik:
- Dapatkan maklumat terkini Nuffnang daripada blog, Facebook dan Twitter! Kami menganjurkan pelbagai peraduan, tayangan wayang dan promosi hebat yang eksklusif untuk ahli Nuffnang. Kami juga menganjurkan parti yang hebat, jadi pastikan anda sentiasa mengikuti pengumuman terkini dari sumber-sumber di atas.
- Jadilah sebahagian dari komuniti Innit, laman agregator blog daripada Nuffnang. Innit dikhaskan kepada ahli Glitterati Nuffnang dan di situ anda boleh berkongsi topik yang anda rasa menarik serta membaca artikel-artikel menarik daripada komuniti Nuffnang. Ia juga merupakan tempat yang baik untuk menjalin persahabatan :)
Perkara yang digalakkan :
- Terdapat satu perkara yang amat dilarang bagi setiap ahli Nuffnang, iaitu melakukan aktiviti click fraud. Click fraud didefinisikan sebagai perlakuan memanipulasi bilangan klik yang diterima unit iklan di dalam blog (contoh: klik unit iklan di dalam blog secara berulang-ulang, menukar alamat IP komputer sendiri, atau meminta pihak lain melakukannya). Anda dibenarkan untuk klik pada unit iklan sendiri sekiranya berminat dalam produk/perkhidmatan yang disiarkan, tetapi ia adalah satu kesalahan sekiranya anda ingin memanipulasi bilangan klik kerana ini melanggari terma perkhidmatan Nuffnang.
- Ahli yang didapati terlibat dalam aktiviti click fraud akan diambil tindakan tegas dengan menarik semula pendapatan mereka, atau digantung keahlian sekiranya kesalahan itu berulang.
0 comments