Saya akan menerangkan dengan lebih lanjut mengenai 3 kaedah atau cara manusia bertindak balas pada kegagalan.Jadi Jom kita lihat apa kaedah yang manusia guna.
1. Pola Pertama: Memberikan Alasan Dan Berputus Asa
Apabila mereka gagal mereka akan memberi alasan dan menyalahkan orang lain serta menyalahkan keadaan. Merekaakan mengeluarkan kata-kata "Ini tidak adil","saya memang tidak pandai","saya memang tidak bertuah" dan sebagainya.Mereka inilah orang-orang yang selalu berkata, "Saya sudah mencubanya, tetapi tidak berjaya!" Adakah anda mengenali sesiapa yang sering mengeluarkan kata-kata ini?Adakah diri anda sendiri termasuk dalam kumpulan ini?
2. Pola Kedua: Cuba Melakukan Perkara Yang Sama Berkali-Kali
Kelompok ini adalah lebih gigih daripada yang pertama tadi.Apabila mereka gagal mereka tidak berhenti di situ sahaja.Mereka terus bertindak dan mencuba dengan bersungguh-sungguh.Adakah mereka akan berjaya? Bergantung kepada keadaan. Merekaboleh gagal dan berjaya. Namun begitu segala usaha merekaakan penat dan hasil yang dapat tidak akan meningkat. Kenapa?Kerana mereka sentiasa menggunakan strategi yang sama dantidak pernah mengubah strategi mereka ke arah yang lebih baik.Apbila mereka gagal, mereka bangkit tetapi menggunakan strategiyang sama. Dan begitulah seterusnya.
````````````````````````````````````````````````````````````
3. Pola Ketiga: Menerima maklum balas, mengubah strategi dan bertindak sehingga berjaya.
Ini adalah pola orang yang berjaya. Apabila mereka tidak dapat apa yang mereka inginkan, mereka tidak menganggap ia satu kegagalan tetapi menerimanya sebagai maklum balas. Mereka menggunakan maklum balas ini dan mengubah strategi dan mengambil tindakan laindengan segera. Mereka terus mengulangi proses ini sehingga merekamencapai apa yang mereka usahakan. Empat langkah yang anda perlukan bagi mencapai apa sahaja impian anda adalah mengetahui secaras pesifik apa yang anda inginkan, membina strategi, bertindak, menerima maklum balas dan mengubah strategi anda sehingga berjaya.
Jadi dengan penerangan ini, anda boleh meletakkan diri anda pada kelompok yang mana?
Semoga apa yang saya kongsikan ini akan menaikkan motivasi andadan seterusnya mengubah cara kita bertindak pada kegagalan untuk mencapai kejayaan yang cemerlang.
Sehingga berjumpa lagi
Salam Usahawan,
" Mencipta Perubahan "
ps: Menurut Kajian Kira2 98% Masyarakat TIDAK SANGGUP Mengeluarkan DUIT Untuk MEMAJUKAN DIRI, Manakala Cuma 2% Yang SANGGUP Dan Mereka Inilah Yang Akan BERJAYA...
Keputusan Badminton BWF World Tour Finals 2024 Serta Jadual
-
FOTO: Page FB BAM
*Berikut Adalah Jadual Dan Keputusan Badminton Jelajah Dunia Akhir BWF 2024
HSBC Yang Melibatkan Pemain Malaysia 11-15 Disember 2024 Di H...
Seminggu yang lalu
salam, memang tepat sebagaimana yang anda nukilkan...saya tertarik dgn n3 ni kerana bg yg mahu menceburkan diri dlm bidang biz kena berani memulakan langkah...dan tidak putus asa dengan kegagalan...
betol bang... setiap kejayaan pasti memerlukan sedikit permulaan... & berani hadapi segala rintangan... setuju? :D