::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
AWAS PRODUK TIRUAN!!!
Setelah berlaku di Pulau Pinang tahun lalu, kini kami telah mengesan 'Minyak Morhabshi' yang dijual di Johor dan Singapura menggunakan nama dan label yang sama/hampir sama dengan Minyak Morhabshi keluaran kami. Ini berikutan pengakuan seseorang di Singapura memberitahu bahawa rakannya membeli sebanyak 200 botol daripada seorang pembekal di Johor. Justeru, kami ingin memaklumkan bahawa kami TIDAK PERNAH MELANTIK mana-mana wakil sebagai pemborong di mana-mana tempat di Malaysia. Malah 95% jualan samada borong atau runcit dilakukan melalui laman web rasmi ini.
::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
Apa perbezaannya?
Ramuan Minyak Morhabshi sememangnya terdapat dalam Kitab Attabib Walhikmah karangan Ustaz Haji Abdul Hamid Ahmad@ Lebai Mat. Namun hanya 17 ramuan dicatatkan di situ. Sebaliknya Minyak Morhabshi keluaran kami (balu/anak/cucu beliau) mengandungi lebih 30 campuran herba dan minyak-minyak tumbuhan.
Justeru kami mengesyorkan agar anda mendapatkan terus daripada kami melalui laman web ini atau blog rasmi http://tempahdisini.blogspot.com/
::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
Minyak Morhabshi adalah produk untuk keluarga. Dapatkannya sekarang. Kami akan menghantarnya terus ke rumah anda.
Kini; semua pembelian akan dihantar menggunakan Pos Laju, TANPA caj tambahan. Bayar pada harga yang tertera sahaja.
Tak perlu bayar dulu! Anda boleh membuat bayaran setelah produk diterima!!
::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
SEJARAH DAN LATAR BELAKANG
::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
Apa itu Morhabshi?
Menurut Wikipedia: Morhabshi (English: Myrrh) merupakan bahan resin berwarna merah keperangan, diambil daripada getah kering pokok Commiphora Myrrha. Tumbuhan ini juga tumbuh di negara Somalia dan bahagian timur Ethiopia. Bahan getah beberapa spesies Commiphora dan Balsamodendron lain turut dikenali sebagai Morhabshi (myrrh), termasuk dari C. erythraea (kadang kala dikenali sebagai Morhabshi India Timur (East Indian myrrh), C. opobalsamum dan Balsamodendronkua.
::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
Sejarah Penggunaan resin Morhabshi:
Ensiklopedia tersebut juga mencatatkan resin Morhabshi telah terkenal sejak zaman Mesir kuno. Myrrh merupakan asas kepada minyak wangi dan incense, dan amat dihargai pada zaman kuno klasik. Nilainya dikatakan melebihi dari emas yang sama berat dengannya. Pada zaman Rom Kuno, myrrh dinilai lima kali ganda berbanding frankincense, walaupun frankincence lebih popular ketika itu. Myrrh dibakar pada pengkuburan Rom Kuno bagi menutup bau yang dihasilkan dari mayat hangus. Diceritakan bahawa Maharaja Nero, iaitu Maharaja Rom telah membakar setahun nilai myrrh pada pengkuburan isterinya yang bernama Poppaea.
::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
Kajian Antarabangsa Terhadap Morhabshi
Oleh kerana bahan ini begitu unik dan menakjubkan, banyak penyelidikan telah dibuat ke atasnya. Antaranya, penyelidik telah memeriksa bahan individual bagi formula yang digunakan secara tradisional di Kuwait bagi mengurangkan glukos dalam darah bagi pesakit kencing manis. Hasilnya mendapati myrrh & susu getah aloe berkesan meningkatkan ketahanan glukos dalam tikus normal & tikus kencing manis.
Tindakan mencampur getah myrrh bersama cuka pula mampu meningkatkan keupayaannya menyingkirkan sekatan darah beku dan menghilangkan rasa sakit.
::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
Kegunaan Morhabshi dalam kebudayaan Melayu
Meskipun ramai yang merasakan baru pertama kali mendengar nama Morhabshi, namun ia sebenarnya bukanlah asing dalam kebudayaan Melayu. Orang Melayu menggelarnya 'kemenyan bunian' kerana keampuhannya menghindari gangguan makhluk halus. Bahagian yang paling penting ialah getahnya yang digunakan untuk menghalau atau menghindari makhluk ghaib tersebut. Di Malaysia khasiat Morhabshi dipercayai lebih awal diamalkan dalam masyarakat lain seperti Arab, Cina dan India.
::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
Morhabshi dalam Perubatan Tradisional
Dipercayai resin Morhabshi memasuki Tanah Melayu dan dalam kehidupan orang Melayu melalui pergaulan dan persemendaan dengan masyarakat Arab yang ketika itu menguasai istana dan golongan bangsawan.
Berdasarkan pengamatan dan ilmu yang dimiliki nenek moyang kita, Morhabshi dicampurkan bersama minyak-minyak tertentu seperti minyak kelapa, zaiton, lenga (bijan), serai serta herba-herba seperti keduduk putih, bayam batu, lemuni, raja kayu, hempedu bumi, cekur dan sebagainya dapat menyembuhkan pelbagai penyakit kulit seperti kayap, barah, kudis, gatal-gatal serta sakit gigi, cirit-birit dan sebagainya. Campuran ini juga didapati berkesan menghentikan pendarahan luar (luka dan sebagainya).
Bagi yang kurang yakin dengan kehebatan nenek moyang kita, sila semak kembali perjalanan sejarah negara, terutama Empayar Melaka yang pernah menjadi pusat perdagangan, pusat penyebaran Islam, dan pusat perkembangan ilmu pengetahuan terhebat di zamannya.
Justeru adalah mustahil bangsa yang begitu hebat ketika itu tidak mempunyai teknologi perubatan mereka sendiri.
Di situlah bermulanya rahsia Minyak Morhabshi.
::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
Minyak Morhabshi kami diadun dengan lebih daripada 30 jenis herba tradisional tempatan.
TIADA SEBARANG DADAH, RACUN, ATAU BAHAN KIMIA.
::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
Rujukan
Al-Awadi FM, Gumaa KA. Studies on the activity of individual plants of an antidiabetic plant mixture. Acta Diabetol Lat. 1987 Jan-Mar;24(1):37-41.
Yeung, HC, Handbook of Chinese Herbs and Formulas, vol. 1, Institute of Chinese Medicine, Los Angeles, 1983.
http://oneearthherbs.squarespace.com/important-herbs/myrrh-gum-commiphora-myrrha.html Alan Tillotson "Myrrh"
Layari juga: www.morhabbshi.com , http://morhabshi.blogspot.com http://en.wikipedia.org (BI) , http://ms.wikipedia.org (BM) , Kitab Attibbi Walhikmah tulisan Ustaz Hj Abdul Hamid, pengasas ramuan morhabshi
:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
0 comments